Click Here!

Balkoni Terbiar Bakal Berubah Wajah!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, October 11, 2013

      Walawei... Tajuk tak mengalah kan? Hahaha...

     Minggu ni bakal sibuk dengan projek baru. Nak makeover balkoni bilik pulak. Sebelum ni balkoni ni jadi tempat letak segala barang2 tak berguna. Pelik tak... Dah tak berguna, tapi kami masih nak simpan buat menyemak ruang je. Ada sentimental value katanya.... Hah! Alasan yang kukuh kan? Sentimental la sangaaaat.... (Tangan kat bahu, mata juling ke atas)

      So.... Nak tau kenapa kami boleh tetiba nak buat makeover segala ni? Sudah pastilah 'Jin M' dah keluar dari badan. Hahaha! Sejujurnya minggu lepas tetiba rasa bosan tengok susun atur bilik cam tu jugak tak bertukar2. Dah 5 bulan kutt.. Gaya yang sama. Sampai kalau tak bukak lampu pun, kompom boleh tau kat mana letak barang2 dalam bilik tu. Jadi minggu lepas memang seharian kami kemas bilik dan buat susun atur baru untuk bilik kami. Lepas kemas2 tu tetiba nampak balkoni yang suram dan penuh dengan barang2. Alahai... Sayang pulak tak manfaatkan balkoni tu. Walaupun kecik je, tapi boleh kut buat tempat santai2 malam sambil baca novel.

    So pagi ni sempat singgah kat A1 Stone, Sri Damansara masa on the way ke office. Tak de la plan mana pun, tetiba je membelok masuk sebab jemm. Ha...  Nampak tak bahayanya jemm kat area ada kedai2 cam ni? Masuk pun konon2 nak cuci mata sementara jalan lengang. Nak tanya2 dulu atau survey2 je. Sekali terbeli pulak! Adeh... Diakui hati wanita ni memang lemah dan mudah tergoda. Harga 18sqt rumput tiruan tu adalah rm138. Tapi berjaya dapat dengan harga rm50 untuk 12.5sqt. Kira2 balik, kira dah murah la dari harga asal. Rumput tu pun sebenarnya kena beli dgn lebar 1 meter. Tapi rezeki saya, ada lebihan rumput yang dah dipotong. Mungkin lebihan selepas pemasangan di rumah customer mereka. Jadi dapatlah saya beli dalam kuantiti kecik.

    Harap hubby tak bising la balik nanti. So inilah hasil tangkapan di pagi yang jemm tadi. Bulan ni kena ikat perut la nampaknya. Apa nak buat... Balkoni punya pasal! ^_^


Published with Blogger-droid v2.0.10

{ 1 komen... read them below or add one }

oxygreen said...

Tumpang iklan ye :D

Berminat utk buat landskap di rumah atau pejabat? Hubungi kami utk laman impian anda.
Rumput tiruan arau artificial pun ada.
Tq