Click Here!

Mudahnya Nak Buat Aiskrim !!

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, October 18, 2013


Aiskrim perisa oren yang pertama kali saya buat. Letak sunquick je dalam 5 sudu sebagai perisa.

Cuaca panas2 macam ni sedap kalau dapat pekena aiskrim, kan? Apa kata cuba buat sendiri aiskrim untuk keluarga korang. 

Mudah je bahan2nya...

1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 biji telur ayam
1 sudu esen vanila
1 sudu ovallete
Perisa yg dikehendaki spt strawberry, vanila atau coklat
Hiasan spt coklat rice, buah2an atau kekacang

    Senang je bahannya kan? Caranya pula... Campur semua bahan kecuali hiasan dan kisar guna mixer atau blender. Saya blend je. Senang kerja.... ^_^ ! Masukan dalam acuan aiskrim atau tupperware dan sejukan dalam frezzer. Bila dah beku, boleh letakan hiasan atau makan bersama buah2an segar.

   Tekstur aiskrim sama jer dengan aiskrim yang di beli di pasaraya tu. So, jom buat untuk keluarga korang. Dah tentu bersih dan suci. Sebelum tutup entri, sila lihat pulak aiskrim perisa milo yang saya buat. Sedap...!


Published with Blogger-droid v2.0.10

{ 0 komen... read them below or add one }