Click Here!

Kepentingan Mock-up Dalam Penghasilan Kasut.

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, April 12, 2014

    Assalamualaikum...

    Hari ni nak kongsikan apa pentingnya penghasilan mock-up sekaligus menjawap persoalan, mengapa harga kasut custom made lebih mahal berbanding kasut yang dijual di kedai. Dalam penghasilan satu2 rekaan kasut tu banyak step yang perlu dilakukan. Antaranya adalah mock-up. Dulu saya pun tak faham kepentingannya dan kadang2 fikir ianya step yang boleh diabaikan. Ya, memang step ni boleh diabaikan jika kita cuma menghasilkan sandal2 yang simple tapi step ini tak dapat dielakkan jika menghasilkan kasut yang mempunyai rekaan rumit dan dalam kuantiti besar. Di kilang, pengeluaran boleh mencecah beratus malah beribu pasang. Jika mock-up tidak dihasilkan, kecacatan yang sedikit sahaja pada kasut tersebut boleh mengakibatkan kerugian yang besar pada kilang. Mock-up selain dari dapat mengenalpasti dengan jelas di mana kekurangan atau kecacatan rekaan tersebut, ianya juga dijadikan perancangan langkah penghasilan produk tersebut. Senang cerita, mock-up ni macam try and error la. 

  Jika hanya melihat pada pattern yang dilukis, mungkin kita tak dapat mengenalpasti kesilapan2 tersebut. Tetapi jika pattern itu telah dijahit dan dipasangkan pada shoelast, segala kecacatannya akan lebih mudah dilihat. 

Boleh lihat contoh2 gambar di bawah ini. 

Pada pattern asal, saya tidak sedar betapa banyak kesilapan telah saya lakukan. Lebih tepat, sewaktu melukiskan garis mulut kasut, saya merasakan jika mulut kasut lebih luas ianya akan kelihatan lebih seksi. Namun setelah digayakan pada shoelast, ternyata bahawa ianya perlu diubahsuai. Mulut kasut yang terlalu luas hanya akan mendatangkan masalah kepada si pemakai kerana kasut tidak dapat memegang kaki dengan kemas sewaktu berjalan. Natijahnya, si pemakai akan sentiasa keciciran kasutnya dan ia tak ubah seperti memakai kasut yang bersaiz lebih besar dari kakinya. Keadaan tersebut pastilah menjadikan si pemakai tidak selesa sama sekali.

Pada gambar di atas pattern saya perlu perubahan di bahagian depan secara total kerana jelas sekali bahagian depan kasut perlu dilasting berasingan dengan bahagian belakang. 

Gambar di bawah pula, saya dapati bahawa pattern bahagian tumit perlu diubah sedikit. Jika tidak, pattern tersebut boleh mengganggu  kerana ianya berada pada bahagian cip tumit. 

Setelah mengenalpasti kesilapan2 tersebut, pattern perlu diubah semula. Mock-up baru akan dihasilkan. Proses ini berulang sehinggalah mendapat pattern yang betul dan sempurna. Sekarang sudah jelaskan, mengapa custom made shoes itu mahal berganda berbanding membeli kasut sedia ada di kedai?  

Diharapkan perkongsian ini dapat memberikan  manfaat kepada semua. 

{ 0 komen... read them below or add one }