Click Here!

Promo- Kumokinoko Studio

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, March 31, 2011

        Perkahwinan merupakan satu titik tolak dalam perubahan status dan tanggungjawab seseorang. Justeru ramai yang mengimpikan majlis sesempurna mungkin bagi meraikan perubahan ini. Namun apalah gunanya majlis yang sempurna andai ianya berlalu begitu saja. Tiada gambar yang diabadikan sebagai kenangan untuk dikenang. 

       Pengantin mempunyai pergerakan yang terbatas pada hari tersebut kerana tidak mungkin pengantin dapat melihat kesemua yang berlaku sepanjang majlisnya. Di sinilah peranan seorang jurugambar sebagai mata kedua pengantin. Seorang jurugambar yang bagus akan terus merakamkan setiap apa yang berlaku sepanjang majlis berlangsung kerana setiap detik merupakan kenangan kepada kedua pengantin. Justeru gambar tidak terhad kepada pasangan pengantin sahaja. Setiap yang terlibat harus dirakam dan disimpan sebagai ingatan. So, jom layan gambar!









Website       : www.freewebs.com/kumokinokostudio
Tel               :012-329 3217
                    012-300 5258
Continue Reading

Maybank2u-tingkatkan sistem keselamatan anda!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, March 30, 2011

    Semalam masa semak baki akaun di maybank2u.com, baru perasan ada feature baru yang maybank letak bagi memberi identiti kita sebagai pemilik akaun sebenar sekaligus menyukarkan lagi penggodam akaun yang bermaharajalela. Maklum je lah...sekarang ni macam-macam cara orang buat untuk curi duit dari akaun orang. Contohnya; kawan terdekat saya pernah kehilangan ribuan ringgit setelah melayari akaun miliknya selepas menerima sms kononnya dari pihak bank. Rupanya sms tu dihantar oleh orang yang tak bertanggungjawab. Saya pun tak pasti bagaimana ianya boleh berlaku, apa yang pasti maybank telah pun meningkatkan tahap sekuritinya. So, mari sama-sama kita mengidentitikan akaun kita agar lebih sukar untuk mereka menggodamnya. Jom ikut langkah dibawah!

1. Mula-mula buka akaun seperti biasa. Masukkan username dan password anda. Kemudian, anda akan ditanya samada nak mendaftar terus atau kemudian semasa ingin login akaun anda. So, lebih baik pilih daftar terus agar keselamatan ke atas akaun anda lebih terjamin.

 2. Lepas tu, kena pilih gambar mana yang anda fikir mewakili anda. Dah pilih tu kenalah ingat ye. Lepas dah pilih gambar, tulis ayat yang anda suka dan fikir tak tercapai dek akal penggodam.


3. Dah tu, ada 3 soalan yang anda kena pilih dan jawap. So, next time masa buka akaun soalan ni la yang pihak maybank akan tanya. Ni pun kena ingat ler. Dah siap jawap semua, akan keluarlah page macam kat bawah ni. Gambar yang anda pilih akan ada dalam kotak macam kat bawah ni. Yang ni gambarnya dah pun saya edit. Mana boleh reveal gambar sebenarkan...


    * Rahsiakan identiti anda dari orang lain,ok.. So, saya dah upgradekan sistem keselamatan akaun saya, Anda bila lagi?



Continue Reading

Cinta ke jinjang pelamin...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, March 29, 2011

      Sabtu lepas adik lelaki kedua saya telah selamat diijabkabulkan dengan gadis idamannya, Maziah di Kg. Batu Talam, Raub. Inilah pertama kali saya melihatnya secara berhadapan. Cantik orangnya dan juga berlemah lembut. Sesuailah dengan gelaran gadis kampung. Saya rasa ini adalah cinta pertama adik saya kerana saya tak pernah dengar dia bercerita tentang gadis lain sepanjang zaman bujangnya.

      Kedua ibubapa saya juga sangat gembira menerima ahli baru dalam keluarga kami. Semoga dia dapat menerima dan menghormati kedua ibubapa saya. Dan didoakan juga agar mereka sentiasa berbahagia ke akhir hayat.







Gambar candid ni ingatkan saya kepada Runaway Bride.
Cuma yang ni edisi lari dengan pengantin lelaki.
      Ok, itu je gambar yang saya nak kongsikan petang ni sebab ada kerja lagi yang tak siap ni. Majlis belah kami pula akan diadakan di Dewan Komuniti Jinjang Utara, Kepong pada 2 April ni. Harap semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah...

Photographer : Kumokinoko Studio Team
Continue Reading

Kayu akasia - Lot 46 & 47

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

      Entry ni khas buat readers seperti Linda yang berminat untuk membeli kayu dek akasia boleh dapatkan alamat dan nombor telefon Auntie Maggie. Bolehlah tanya dulu pada auntie samada stok kayu tu masih ada dengan harga RM12 atau pun dah habis dijual. Diharapkan info ni boleh menjimatkan masa dan minyak sebelum anda pergi ke sana.

     Ok, boleh ler tengok contact no Auntie Maggie kat biz card dia ni. Website pon ade kalo nak jenguk-jenguk.



Continue Reading

Updated- Make over anjung depan

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, March 28, 2011

   Salam pagi Isnin buat semua kawan-kawan. Lama tak tulis blog buat saya rindu sangat-sangat. Hari ni nak kotakan janji saya untuk letak gambar-gambar make over ruang anjung rumah hari tu. Maaflah sebab lama menangguh dan buat korang tertunggu-tunggu jer..










   Ok, tu jer yang sempat snap. Harap berpuas hati dengan mutu gambar yang diberikan. Make over ni pun tak la menggunakan banyak duit. Cuma modal RM96 untuk kayu akasia tu.

Continue Reading

Kongsi Ilmu - Dato' Dr Hj Mohd Fadhilah Kamsah!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, March 9, 2011

   Lama dah tak menulis di blog ni. Ada juga la dekat-dekat 3 minggu tak sentuh. Bukan apa, kekangan masa dengan kerja yang makin hari makin bertimbun membuatkan saya tak de masa nak buat entry di blog ni. Lagipun DSLR saya dipinjam dek adik, tak dipulangkan lagi. Tu la yang tambah mati kutu lagi tu. Kamera tu ler yang saya selalu usung untuk merakamkan gambar-gambar untuk dimuatkan dalam blog ni. Lagi satu, janji saya untuk buat entry tentang projek DIY saya tu pun kenalah tangguh dulu sehingga saya dapat balik kamera saya. Harap sabar menunggu ya! Hiks!

   Ok, pagi ni ada masa sikit untuk saya kongsikan ilmu tentang ceramah dari Dato' Dr Hj Mohd Fadhilah Kamsah yang saya hadiri Sabtu lepas. Harap dengan ilmu yang dikongsi ni dapat membentuk diri kita ke arah kebaikan.





  * Maaflah andai gambar senget-benget. Scan pun nak cepat-cepat je tadi. Ok, untuk paparan lebih jelas, klik pada gambar ye. Kalau nak print/kongsi dengan kawan-kawan pula,dipersilakan.
Continue Reading