Click Here!

Cinta ke jinjang pelamin...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, March 29, 2011

      Sabtu lepas adik lelaki kedua saya telah selamat diijabkabulkan dengan gadis idamannya, Maziah di Kg. Batu Talam, Raub. Inilah pertama kali saya melihatnya secara berhadapan. Cantik orangnya dan juga berlemah lembut. Sesuailah dengan gelaran gadis kampung. Saya rasa ini adalah cinta pertama adik saya kerana saya tak pernah dengar dia bercerita tentang gadis lain sepanjang zaman bujangnya.

      Kedua ibubapa saya juga sangat gembira menerima ahli baru dalam keluarga kami. Semoga dia dapat menerima dan menghormati kedua ibubapa saya. Dan didoakan juga agar mereka sentiasa berbahagia ke akhir hayat.







Gambar candid ni ingatkan saya kepada Runaway Bride.
Cuma yang ni edisi lari dengan pengantin lelaki.
      Ok, itu je gambar yang saya nak kongsikan petang ni sebab ada kerja lagi yang tak siap ni. Majlis belah kami pula akan diadakan di Dewan Komuniti Jinjang Utara, Kepong pada 2 April ni. Harap semuanya berjalan dengan lancar. InsyaAllah...

Photographer : Kumokinoko Studio Team

{ 0 komen... read them below or add one }