Click Here!

Maybank2u-tingkatkan sistem keselamatan anda!

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, March 30, 2011

    Semalam masa semak baki akaun di maybank2u.com, baru perasan ada feature baru yang maybank letak bagi memberi identiti kita sebagai pemilik akaun sebenar sekaligus menyukarkan lagi penggodam akaun yang bermaharajalela. Maklum je lah...sekarang ni macam-macam cara orang buat untuk curi duit dari akaun orang. Contohnya; kawan terdekat saya pernah kehilangan ribuan ringgit setelah melayari akaun miliknya selepas menerima sms kononnya dari pihak bank. Rupanya sms tu dihantar oleh orang yang tak bertanggungjawab. Saya pun tak pasti bagaimana ianya boleh berlaku, apa yang pasti maybank telah pun meningkatkan tahap sekuritinya. So, mari sama-sama kita mengidentitikan akaun kita agar lebih sukar untuk mereka menggodamnya. Jom ikut langkah dibawah!

1. Mula-mula buka akaun seperti biasa. Masukkan username dan password anda. Kemudian, anda akan ditanya samada nak mendaftar terus atau kemudian semasa ingin login akaun anda. So, lebih baik pilih daftar terus agar keselamatan ke atas akaun anda lebih terjamin.

 2. Lepas tu, kena pilih gambar mana yang anda fikir mewakili anda. Dah pilih tu kenalah ingat ye. Lepas dah pilih gambar, tulis ayat yang anda suka dan fikir tak tercapai dek akal penggodam.


3. Dah tu, ada 3 soalan yang anda kena pilih dan jawap. So, next time masa buka akaun soalan ni la yang pihak maybank akan tanya. Ni pun kena ingat ler. Dah siap jawap semua, akan keluarlah page macam kat bawah ni. Gambar yang anda pilih akan ada dalam kotak macam kat bawah ni. Yang ni gambarnya dah pun saya edit. Mana boleh reveal gambar sebenarkan...


    * Rahsiakan identiti anda dari orang lain,ok.. So, saya dah upgradekan sistem keselamatan akaun saya, Anda bila lagi?









{ 2 komen... read them below or add one }

NM02 said...

ai baru je wat smlm... hehehe

sumaiyah_nda said...

ooo...saya lak takut nak wat..ingatkan spam..hehehe....