Ok2!! Ni nak citer sket. Memang azab sungguh kalau time keje banyak time tu ler ade jer yang buat hal, kan? Memang nak kena la... So, dipendekan cerita dah lama dah mouse tu buat hal. Boleh pilih plak tempat2 sensor dia ok dan ade certain2 tempat sensor tak ok. Kalau dah camtu kekdahnya xguna la wireless tu kan? Hal ni dah dipanjangkan kat bos tapi dia buat derk jer. Yelah sapalah kita nak itu ini. Tapi bila kena batang hidung sendiri barulah nak bertindak...kan? Normal lah tu. Mouse tu buat hal masa tengah presentation ngan client. Haha.. Ade gak hikmahnye. Dapat merase mouse baru!!
Apa yang best tentang mouse ni? J.I.M.A.T! Ye, jimat. Apa yang jimat?
1. Jimat duit sebab tak pakai bateri AA, cucuk jer usb untuk caj balik sebab dah dipasang siap2 dengan bateri lithium kat dalam mouse tu. Caj pakai charger Nokia pon boleh. Tak caya? Tengok gambar bawah sini....
Bila lampu merah dah padam kompom boleh guna semula. Macam mana nak tahu bila kena caj? Bahagian indicator akan berkelip2 tanda mintak cucuk kat usb. Jimatkan? So, no more batteries!!
2. Jimat lagi! Sebab... ada sleep and wake up setting. Dan akan automatik off sekiranya kita tutup komputer.
3. Ada office shuttle key. Yang ni tak sempat explore lagi... Tapi kat sini ada cakap kalau kita ada software Office Shuttle, button #2 tu boleh define pelbagai fungsi spt Screen Capture/Print Screen, TutorPen 16 in One (yang ni serius tak tahu... tapi dengar macam seronok je nak explore esok) dan juga untuk multimedia serta internet. Jimat tenaga eh... Tak yah tekan2 kat keyboard.
4. Jimat masa. Boleh terus adjust dpi dengan tekan kat button #3 tu. Tak perlu bukak setting dah...
5. Senang dicuci. Cuci? Pelik ek... Maksudnya kalau pakai yang sensor biasa tu kan ke kawasan tu tak berapa rata jugak.. Lagi la kalau pakai mouse yang ada bebola getah tu. Kompom la kena korek kotoran yg masuk melekat dalam lubang tu. Yelah... Segala debu ade dalam tu. Tapi mouse ni cuma cuci bahagian sensor tu dengan cotton bud jer. Jimat jugak, kan? Jimat tenaga.
Ok.. Stop citer pasal mouse. Nak kena sambung keje plak ni. Bye :)
P/S: Lastly, Selamat Hari Wanita kat semua wanita di dunia !!
{ 0 komen... read them below or add one }
Post a Comment