Click Here!

Tips Penting Jual Kereta Kepada Direct Buyer

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, March 29, 2013

   

    Alhamdulillah... Segala urusan berjalan lancar tanpa banyak masalah. Bersyukur sangat sebab dipermudahkan segala urusan. Walaupun sayang sangat dengan kereta lama yang banyak berjasa tapi kami sedar, kami takkan mampu lagi menanggung kos kerosakannya setiap bulan. Maklum saja kereta lama, 10 tahun pun umurnya- 2002. Kali pertama buat urusan jual beli kereta ternyata bukanlah sesuatu yg mudah. Tersengguk2 duduk depan lap top baca tips2 dari blog dan forum supaya nanti tak lah ada masalah dan kena tipu.

   Kat sini saya nak sharekan tips2 serta pengalaman kami pulak sepanjang urusan jual beli kereta ni.
1. Nak jual kereta, kena tahu harga market. Lagipun kalau kereta tak habis bayar lagi, kena call bank untuk dapatkan jumlah sebenar fullsettlement. Masa ni kerani bank tu akan tanya no pendaftaran kereta, nama pemilik dan tarikh. Tarikh tu bagilah tarikh yang korang jangkakan untuk jual kereta tu.
*Nilai berbeza ikut date, ok...
2. Bila dah tahu jumlah fullsettlement, korang bolehlah start iklankan kereta korang. Ambil gambar kereta tu 2/3 angle dan publishlah kat mudah.my. Masa mula2 iklan, masyaAllah... Macam2 perangai orang yang call. Later kita story mory pasal ni yer...
3. Mark up sikit harga kereta korang sebab orang yang call tu pasti nak tawar lagi nanti.
4. Masukkan input2 tentang kereta korang agar korang tak perlu jawab soalan yang sama berulang kali.
5. Aturkan pertemuan di kawasan terbuka, jgn sesekali mempercayai orang yg baru dikenali. Kalau boleh bawalah seorang teman. Masa bakal pembeli test drive kereta, ajak seorang kawan ikut serta. Ini sebagai langkah berjaga2 la. Mana tahu dia bawak lari kereta korang. Boleh jugak kalau nak photo copy i/c dan lesen dia macam kita nak test drive kereta kat showroom tu.
6. Jangan menipu bakal pembeli sebab akhirnya nanti dia tahu juga.
7. Jika kedua2 pihak telah bersetuju, buatlah satu surat perjanjian supaya tiada pihak yang teraniaya. Lagi satu proses tukar nama pemilik pun makan masa jugak. Jadi surat perjanjian tu nanti adalah bukti yang kereta tu bukan lagi di bawah tanggungjawab korang. Manal tahu... Kalau2 kareta tu nanti ditahan kerana membawa dadah. Tak pasal2 polis cari korang pulak dan surat perjanjian tu la nanti sebagai bukti korang dah serahkan kereta tu kepada pemilik baru dan masih di dalam urusan pertukaran hak milik. *Saya akan kongsikan nanti di entry akan datang. 

Rasanya itulah saja tips yang nak dikongsikan. Kalau ada lagi nanti akan diupdate kemudian, ok! Minggu depan rasa nak ajak mertua jalan2 ke Kuantan. Lalala !!

{ 0 komen... read them below or add one }