Click Here!

Lawatan ke Melaka Bandaraya Bersejarah

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, March 20, 2013

   *Ini cerita basi. Simpan dalam draf baru ni rasa nak publish.
    Hubby memang suka lawatan ke muzium2 ni, berbeza dgn saya yang tak berapa gemor nak ambil tahu hal2 sejarah. Entah la kenapa ye. Jadinya hubby telah mendera mental saya dengan membawa bini comelnya ni ke muzium2 di Melaka. Adeh.. Membara je hati. Ingatkan nak bawak jalan2 Jonker Street  ke, Mahkota Parade ke... Best la jugak cuci mata sambil cuci poket. Heh!
    Pulak tu bukan masuk satu muzium je, dia boleh beli tiket pakej yang boleh access 9 muzium dan 3 galeri. Ha.. Memang lawatan sambil belajar sungguh! Tapi tak adanye nak masuk semua muzium. Kuase nak layan jiwa patriotik dia tu. Jom layan gambar je ok...

Harga pakej lebih jimat. So hubby beli dan saya ikut sampai lebam!
Macam biasa, kena baca segala cerita tentang sejarahnya

Duit zaman dulu.
Baru tahu kacang pun pernah jadi duit ek.. Tembaga la tapinye... Kalau kacang  menglembu tu  buat makan  jer..
Coin purse.. 

Patung membuat tembikar
Muka tak berapa ikhlas je nak menjejak sejarah. Letih mengikut hubby yang xcited sangat.
Hubby minat sangat nak ada mock up macam ni kat rumah. Entah nak letak mana tak tahulah. Ada yang jadi tempat tidur Si Labu kang...
Saya minat pose2 je.. Kat tingkap pon jadik!!

Pose lagi kat luar muzium sebelum masuk Muzium Pelajaran.
Kat sini attractive sket.. Baru la mula nak tau serba lanjut. 
Kalam. Camni ler pensil zaman tuk2 kita dulu..
Alatan menulis zaman dulu. 
Antara buku lama yang masih baik dalam simpanan muzium.Teringin nak baca isinya..
Kalau la sekarang pon pakai papan cam ni, harus lupe ape yg dah belajar hari sebelumnya.
Comei sungguh cikgu, Kebaya lagi.. Cikgu sekarang ade lagi ke yang pakai kebaya batik lepas datang mengajar?
Dua orang je anak murid, tenang mengajar. Sekarang? 44 dalam satu kelas. Pengsan cikgu nak layan..
Pengangkutan ke kelas zaman dulu. Cikgu je yang mampu pakai ok...
Cikgu bawa bekal rotan lagi gi sekolah. Barulah jadi orang anak murid tu.
Bab pose ni sengih jer la. Hubby pon pandai gak nak tarik minat suh ikut dia.
Hubby try guna antan lesung... Dah tulis " Dilarang sentuh" tapi tetap degil jugak ngalahkan budak2.
Pose kat tingkap rumah kampung yang lawa. Sekarang kayu dah mahal, tak dapat la nak buat rumah kayu dengan tingkap cam ni lagi. Datang muzium je la nak tengok dan merasa. 

Dah letih sangat, berhenti minum air jap. Cikgu, bila lawatan kita ni nak habis?  Perut saya  dah lapar ni...!
Ok, dah boleh balik. Matahari dah terik atas kepala. Nak isi perut dengan  asam pedas Melaka dan cendul pulut pulak.

   Akhirnya keluar jugak gambar2 basi ni dari kotak draft. Muzium2 lain tu pergi tengok2je, tak ambil gambar pun. Letih sangat hari tu. Tambahan info2 yang berguna saaaaangat banyak, sampai overload memory kepala. Dalam kepala asyik tak sabar nak jumpa mak dan tidur je. Oh, alangkah bahagianya dapat baring2 atas katil yang sejuk. 

{ 1 komen... read them below or add one }

TIARA TOURS said...

Mohon maaf Tuan & Puan, kami numpang promotion
Kami menawarkan Pakej Percutian ke Medan dan Danau Toba
Lake Tour 04 Hari / 03 Malam MYR 380 ( 10 orang )
Pakej kami design sangat murah dan berkualitas
FULL SERVICES
Hotel 3 Bintang
Makanan Halal
Driver humble
Pemandu Pelancongan professional

Sila contact Tiara Tours Indonesia
Jln. Panglima Denai No. 76 Medan, 20227
Licensed : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
Tel/Fax : +6261 - 733 59 765
Email : tiaratoursindonesia@gmail.com.
HP / WA +6281383535091
HP / WA +6285358982828
HP / WA +6285762820068

TERSEDIA LAYANAN SEWA KERETA DAN BUS PERSIARAN
Toyota Avanza (05 orang ) MYR 155 / Hari
Suzuki Eritga (05 orang ) MYR 155 / Hari
Inova Reborn (05 orang ) MYR 175 / hari
Isuzu Elf (11 orang ) MYR 235 / Hari
Toyota Hiace (11 orang ) MYR 320 / Hari
Medium Bus ( 27 orang ) MYR 500 / Hari

Note :
HARGA SEWA KERETA SUDAH TERMASUK : DRIVER AND PATROL