Click Here!

Moh Try Makan Di Sini- Popiah S.S. Ali

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, March 28, 2013

    Malam tadi kami ke Shah Alam. Mula2 beli kain untuk buat telekung di Nagoya Textile, Sek 2. Lepas beli kain, perut pun mula minta diisi. Memang dari petang tak makan apa2, sebab tu perut nyanyi lagu keroncong untuk ana.
    Waktu datang tadi ternampak satu kedai makan di area Jakel dan Gulatis seksyen 7 tu.. So minta hubby patah balik ke sana. Hubby pun tak banyak cakap, ikut je selera bini dia yang ngada2 ni. Janji makanan sedap! Kedai Popiah S.S Ali ni kalau tak silap adalah cawangan dari popia famous kat Gerbang Malam Ipoh tu. Kalau tak silap la.. Cuba baca entry pasal popia ni di sini. Lupa pulak nak tanya kesahihannya kat staf di situ dek melayan perut yang kelaparan.
   Kedai ni terletak di Sek 7, di tepi Gulatis. Memang nampak signboard Popiah S.S Ali warna oren putih. Tempat makannya pun tema oren putih, kemas dan bersih. Harga menu berpatutan dengan rasanya. Overall kami puas hati dengan servis, tahap kebersihan, keselesaan tempat makan dan harga makanan. Nak tengok apa kami makan? Silalah skrol ke bawah dan kecurkan air liur korang ye...

Popiah kering RM3/set. Ada 3 gulung. 
Popiah basah RM3.set. Juga ada 3 gulung yang dipotong2 dan tabur dengan bawang goreng, telur hancur dan daun bawang. Mabeles!!
Laksa RM5. Kuahnya sedap, tak hanyir dan banyak. Cuma tak berapa suka laksa kanji.  Kalau  guna laksa tepung beras lagi umpph!!
Mee Rebus RM5. Kuahnya pun sedap jugak. Tak terlalu manis.
Rojak RM5. Sedap jugak. Potion pun besar. So memang sesuai lah dimakan saat kelaparan melampau. 
Ada lagi menu lain yang kami tak order seperti karipap telur rebus RM3/set (3 biji) agak besar jugak macam karipap IKEA tu dan Nasi Ayam RM5. Next time datang lagi boleh try menu ni pulak.

Ni menu minuman yang ada kat sini. Kami masing2 order  laici, tembikai, teh o ais limau dan nescafe ais.
Yang ni pun menu air jugak. Agak special sebab tu regenya pun special...  Tak order  pun sebab tak  nampak. Ingat menunya satu side je, rupanya ade depan belakang.


Kesemua harga untuk 4 orang makan dengan menu2 yang kami pilih di atas adalah RM32.60. Boleh singgah lagi sebab kedai ni sangat memuaskan hati. Pulang dengan perut yang kenyang dan senyum di bibir.     

{ 0 komen... read them below or add one }