Click Here!

Apam Kukus Resepi Nett

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, March 8, 2014

      Alahai... Ni ler gayanye kalau dah tua2 baru nak belajar masak. Dulu masa anak dara mak nak ajar tak mahu... Boleh beli jer kan? Sekarang rasakan!

      Biasa tu tak denye nak minum2 petang. Makan malam je terus. Tapi sebab laman dah kemas ngade2 nak minum petang kat taman... Tengok kat dapur ade telur, tepung. Nak buat cekodok tak lalu dah tekak ni hari2 makan cekodok. Terpikir-pikir nak cuba buat apam kukus tapi tak pernah buat. Tak tahu jadi ke tak. Tetiba. Semuanya bila mood rajin datang, kalau mood malas yang datang.... Nan ado segalanya. Haha...

     Aku ni senang jer, kalau nak masak apa2 yang tak pernah buat aku mesti call sorang kawan aku ni. Aznita Ahmad. Hah... Kat dia la aku rujuk segala. Dia ni duk Kuantan dan memang teror la bab buat kuih-muih ni. Jadi memang aku sanggup call Nett ni dari bukak buku resepi. Dah tentu2 jadi kuih tu. Kalau resepi dari buku tak pasti lagi. Lagi satu resepi buku kalau tak faham tk tau nak tanya kat siapa. Kalau kawan aku ni senang je. Apa2 boleh tanya dan resepi dia siap lengkap  dengan tips. Tak la membazir bahan2 tu nanti.

 

   Hah.. Ni la rupe apam kukus resepi kawan aku tu. Ok tak? Cantik,kan? Rasa pun sedap. Senang nak membuatnya. Kira pass la buat minum petang dengan teh-o kat taman hari tu. Nak resepi? Boleh... Senang je. Bahan pun mudah2 je...

BAHAN2:

Tepung Gandum   2 cawan

Gula                        1 cawan

Telur                       5 biji

Baking powder     1 sd kecil

Emulsier                1 sd besar

Esen vanila           1 sd kecil

Pewarna kalau suka la.. Aku buh kaler hijau jer sebab tu jer kaler yg aku ade. Kalau nak letak macam2 kaler macam pelangi tu kena la bahagi2kan adunan tu dulu sebelum campur kaler. 


CARA2:

Pukul telur dgn gula sampai kembang, masuk semua bahan kecuali tepung. Dah sebati baru masuk tepung sket2.. Agak2 la. Jangan pekat sangat jangan cair sangat. Pas tu boleh la masukan kaler. Masuk dalam loyang dan kukus 15 minit atau sehingga masak. Cucuk2 ler dengan lidi kalau nak tau dah masak ke belum. 

{ 0 komen... read them below or add one }