Click Here!

Matta Fair 2014

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, March 17, 2014

Matta Fair!! Mu tunggu aku datang...


        Semalam last day Matta Fair dan ianya satu pengalaman baru bagi aku. Sebelum ni aku tak pernah pun jejak kaki kat Matta ni, malah aku tak pernah kisah pun. Kalau kami berjalan ke mana-mana biasanya tempah online jer. Memang tak de well plan langsung sebab kerja aku ni cuti susah dapat kalau apply awal. Kalau time tu office aku tak de tender rushing so baru boleh cuti. Tapi kes kali ni sebab bos aku suruh jugak aku ke sana makanya hubby la aku seret bersama. Mula2 masa wife bos aku call suruh aku pergi Matta Fair cari pakej honeymoon, aku ingatkan task aku kat office ni bertambah. Biar betul! Takkan sampai diorang nak pi jalan aku plak kena carikan pakej kut...  Rupanya wife boss aku tu suruh aku cari pakej untuk kami berhoneymoon. Yup!! Untuk KAMI dan 100% ditanggung oleh kompani. Boleh tahan jugak bajet yang dia bagi kat aku, 4 figure jugak la. Bagi aku dah cukup besar bajet tu. Wah!! Jangan kata hubby, aku pun terkejut gak ni. Tapi aku fikir maybe itu sebagai penghargaan kesetiaan aku yang tak berbelah bahagi pada company ni. Emm.. Logik jugak sebab sedar tak sedar dah 5 tahun aku kerja kat kompani ni. So, itulah ceritanya bagaimana aku boleh bersesak-sesak pada Sabtu lepas di PWTC tu. 

     Berbalik pada Matta Fair, memang serius aku tak tau yang pakej kat situ jauh lebih berbaloi berbanding beli kat online tapi still kena pandai pilih tempat jugak la. So, bagi kami itu satu pengalaman menarik. Berpusu-pusu dengan orang ramai menilik membelek segala pakej yang ada. Semuanya nampak menarik. Semuanya nak beli. Haha... Ketamakan mula menguasai diri. 

Duduk di lobi menunggu hubby.
      Lepas kutip segala pakej yang berkenan di hati, kami duduk tenang-tenang di satu sudut di kedai mamak Nagaz. Order teh o ais dengan roti canai bersama 2 ketul vadei buat santapan isi perut hari tu. Nak buat pilihan harus lari jauh2 dari suasana hiruk-pikuk tu. Kang tengah nak decide terdengar pulak promo lain. Hahaha! 

Pakej yang sempat grab kat Matta Fair.
     Dalam banyak2 tempat tu kami kecilkan skop kepada pelancongan tempatan je, lepas tu kecilkan lagi skop tu dan pilih percutian di pulau. Banyak pulau yang cantik2 di negara kita ni tapi akhirnya kami pilih Pulau Langkawi sebagai destinasi percutian kami. Sebab apa kami pilih Langkawi? Hubby tak berapa sukakan pulau dan aktivitinya, so untuk bagi adil kena pergi pulau yang ada aktiviti yang dia suka. So kami boleh have fun sama2. Kami ambil pakej 3d2n yang ada include aktiviti island hoping dan spa. Then hari lain tu boleh layan aktiviti hubby iaitu jalan2 keliling langkawi dan  tengok teater Mahsuri.

      Memandangkan pakej ni tak sampai pun separuh dari bajet yang bos bagi maka kami ambil pulak pakej 2d1n di Pulau Jerejak. Aktiviti kat pulau sunyi tu harus la berkurung dalam bilik. Hahaha! Dengar cerita kat sana ada macam2 extreme game so maybe boleh cuba jugak flying fox atau night jungle trekking. Dengan itu penuh la plan honeymoon kami nanti dengan aktiviti2 yang menyeronokan dan harapnya berbaloi. Mungkin dek kepanasan melampau dan jerebu yang berleluasa, hubby ambil 3 pakej wet world pulak. Katanya nak main air puas2 tahun ni. Horey!! Jom jadi kanak2 riang. Bajet ade separuh lagi di tangan, kami decide nak belanjakan masa di Langkawi. Dalam kepala nak try parasailing. Memang ada promo tentang parasailing cuma RM115 seorang di Matta, tapi bila reiki2 kat google ramai yang kata harga boleh dapat bawah RM100 sana, janji bukan peak season dan kena pandai bodek. So, memang berbaloi rasanya pergi Matta Fair. Pagi tadi masa serahkan resit2 tu pada akauntan, bos tanya kenapa tak ambil pakej honeymoon yang ada candlelight dinner dan breakfast dalam bilik? Jawapan saya untuk bos....? You know me, boss! 

~Apa pun terima kasih diucapkan kepada boss saya, Mr Sim dan wifenya kerana pemberian yang penuh bermakna ni. Moga2 kebaikan ini mereka diberikan hidayah dan taufik oleh Allah SWT. Amin..



Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh tahun depan nak lagi...





{ 0 komen... read them below or add one }