Click Here!

Baja Murah Tapi Kesannya Hebat!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, March 22, 2014

    Hari ni rutin macam biasa la. Siram pokok2 dan kemaskan laman mana yang patut. Pagi ni kalau ikut jadual nak kena letak baja lagi kat pokok2 ni. So buat je sampai siap semua pokok dibaja. Kali ni malas nak menggembur sebab banyak hal nak kena buat lagi.

    Berbalik pada cerita membaja ni, memang best hasilnya. Tu yang terus nak ikut jadual pembajaan tu. Excited sangat bila tengok pokok2 subur dan mengeluarkan hasil yang lebat terutamanya pokok mulberi tu. Mulberi memang senang ditanam. Cantas je dahannya dia akan keluar tunas baru dan berbuah. Tapi sebelum ni setakat berbuah pada hujung dahan je la...
    
     Bila guna baja ni, mulberi bukan setakat berbuah di hujung2 dahan, tapi sepanjang batangnya akan keluar tunas baru dan ada yang dah mengeluarkan buah pun walaupun tunasnya masih kecil. Subhanallah.... Berbaloi sungguh menggunakan baja ni. Ok, sila tengok pada gambar untuk bukti jelas ye...

      Bukan itu saja, pokok limau kasturi pun dah keluar putik buahnya. Kemboja pula dulu nampak kering jer. Sekarang dahannya dah bercambah dengan daun yang lebat.

      Akhirnya silalah cari baja ni kat nurseri Melayu di Sg. Buloh kalau korang nak pokok2 di rumah korang subur dan mengeluarkan hasil hebat.

{ 0 komen... read them below or add one }