Click Here!

Projek DIY: Clutch Kelepet

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, June 27, 2014

      Hari ni ambil kesempatan curi2 masa nak upload projek DIY saya. Emm.. Excited sangat tau!

    Saya hasilkan clutch yang simple ni untuk digandingkan dengan kasut raya saya nanti. Puasa pun belum start tapi perancangan raya dah penuh di kepala. Hehe...

diy simple clutch

Cantik, tak?

       Saya potong kain malam tadi lagi tapi memandangkan dah agak lewat nak menjahit (kang ganggu jiran2 tetangga nak berehat pulak), so kenalah sabar menanti ke pagi. Sambung menjahit pagi2 tadi lepas subuh. Hehe..

      Tassel yang saya buat ni tak berapa nak menjadi sangat, hasilnya tak berapa kemas sangat. Tapi boleh la kut untuk beginner macam saya ni.

clutch

     Biasa nampak tassel yang jual kat kedai ada aksesori khas untuk sambungan tassel tuh. Tapi ni projek DIY bajet rendah, so saya guna apa yang ada saja. Saya gamkan pin brooch je, lepas tu pasangkan stud je sebagai penyeri. Boleh la kan nak matchkan dengan kasut ni? Material dah sama dah..

Clutch & kasut nak sedondon katanya.. 




{ 0 komen... read them below or add one }