Click Here!

De Eastern Hotel....

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, October 7, 2012

   Ipoh ni salah satu tempat yang tak pernah kami jejaki lagi. Setakat lalu tu ada la. Tapi tidor dan jelajah sekitar bandarnya inilah pertama kali kami nak buat. Biasa kalau weekend asyik la jalan PD atau Melaka jer.
   Jadinya saya survey kat Agoda.com. Memang selalu book bilik kat situ jer. Agoda ni kalau banding ngan lain2 agen memang lagi murah la. So bila hubby suruh survey mana nak tidor saya survey dari Agoda.com. Saya pilih Hotel Heritage RM156 termasuk tax, ada tab dan shower. Rupanya hubby pun dok usha sama. Dia jumpa De Eastern Hotel ni dan minta saya intai2kan. Harga semalam RM64 tak termasuk tax lagi tapi voting rate 8.1. Maknanya hotel ni cemerlang. Mula2 tu saya tak berapa setuju pasal biase2 rate macam tu bilik air kongsi, takut kena tipu jer. Tak suka la macam tu. So saya taipkan nama hotel tersebut untuk lihat macam mana rupa bilik yang dijanjikan.
    Wah... Boleh tahan jugak gambarannya. Setelah sepakat kami pilih hotel ni untuk lihat sendiri bagaimana rupanya. Sama ke seperti dalam website tu? So... Tunggu di entry akan datang. Saya akan paparkan gambar hotel tersebut. Sama2 kita vote berapa rate yang kita boleh berikan padanya....

{ 0 komen... read them below or add one }