Click Here!

Pasar Karat aka Memory Lane

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, October 11, 2012


Hubby kat Pasar Karat yang nak sangat dijejakinya...
     Hubby yang suka sangat kat tempat ni. Stay kat De Eastern Hotel pun sebab hotel ni betul2 sebelah lorong Memory Lane ni.
   Banyak barangan lama2 jer di samping barangan curi kot... Ramai orang pesan jangan beli sebarangan kat sini. Takut terbeli barang curi. Mungkin juga... sebab hubby pernah disapa seorang lelaki yang nak jualkan Samsung S2 dengan harga RM400. Fikir logik la, kalau barangan China tu ye la kut. Tak mahu ambil risiko, saya tarik hubby dari terus terjerat kata manis si penjual. Kami terus menyusur sepanjang lorong dan akhirnya saya beli mini perfume ni.

Mini perfume Chloe- Tip dari kawan saya Aznita Ahmad, untuk pastikan kita tak ditipu semasa membeli perfume yang didakwa original, goncangkan botolnya. Buih2 yang naik serentak menunjukan keaslian perfume tersebut.
       Chloe... Kalau beli botol besar,RM400 lebih... Memang berpuase je la lepas tu. So, mini pon ok. Bukan nak tonggang sebotol pon kan? Suka... kelembutan baunya! Pasar Karat aka Memory Lane, yang dibeli pon ada memory jugak walau tak antik!!



{ 0 komen... read them below or add one }