Click Here!

Nak Makan Di Mana? Cubalah Nasi Ayam Fuziah!

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, October 9, 2012

   Masih tercari-cari di mana nak makan di Bandar Ipoh? Kami search kat internet ada kedai nasi ayam yang famous dekat2 area kami duduk tu. Tapi kena naik kereta juga la memandangkan kami nak ke Gunung Lang pula lepas tu. Tengahari tu kami turun dari hotel dan menuju ke Kedai Nasi Ayam Fuziah. Ramai sungguh orang kat kedai tu walaupun masa kami sampai tu dah pukul 3.30 petang. Ingatkan pergi lewat sikit orang tak ramai. Meja penuh jugak.... Tunggu sekejap, tak lama mana pun... Ada sekeluarga yang selesai makan dan kami pun terus duduk. Order sampai dalam 15 minit jugak memandangkan pekerja tak cukup tangan melayan pelanggan yang datang.
   Nasinya best jugak. Ada rasa lemak2 sket. Ayamnya digoreng garing. Okey ler. Sedap juga. Cuma bagi saya kelebihan nasi ayam ni ada pada nasinya dan kicapnya. Supnya biasa2 jer. Selalu kita makan nasi ayam ada kuah kicap dan sos lada kan? Kedai ni kuah kicap dia ada cili padi potong. Tu yang tambah sedap tu. Makan kalau tak pedas mana best... kan?



{ 0 komen... read them below or add one }