Click Here!

Jurnal vs Blog

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, May 19, 2014



        Hubby memang suka mencatat apa jua yang dlakukannya. Tapi bukan dalam diari. Dia suka catat segalanya dalam bentuk jurnal sebab boleh lukis2 dan tampal2 macam buku skrap. Namanya pun guru seni, dah tentulah segala ceritanya kalau boleh nak disampaikan dalam bentuk lukisan.



      Saya pula tak berapa pandai melukis, jadi memang pilihan yang ada cuma menulis dan menggambarkan sesuatu dalam bahasa dan dilengkapi dengan gambar2. Sebab tu saya sukakan blog. Kami berbeza dalam banyak perkara, tapi perbezaan kami ni saling melengkapi antara satu sama lain. Adakalanya menghias rumah juga boleh jadi perkara yang serius. Ini kerana kami ada citarasa yang sedikit berbeza. Kadang kala gaduh2 manja jugak sebab idea kena reject. Hehe... ^_^

    Alhamdulillah... Walau ada perbezaan, namun dalam banyak hal kami banyak berbincang dan bersepakat. Moga kami terus sefahaman, ianya kekal ke akhir hayat.

Published with Blogger-droid v2.0.10

{ 1 komen... read them below or add one }

wakgelas said...

kreativiti memasing kann., ehHHee