Click Here!

Selamat Hari Ibu!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, May 11, 2014




       Selamat Hari Ibu buat bondaku tersayang... Terima kasih kerana melahirkan, membesarkan dan mendidik Along dengan penuh kasih sayang. Tanpa mak tiada Along. Terima kasih kerana bersusah-payah membesarkan kami walaupun terpaksa melakukan bermacam pekerjaan. Dari membuat kuih dan nasi lemak untuk dijual di kantin kem sehinggalah mengambil upah membuat bunga dan menjahit langsir bila tiba musim kenduri kahwin dan raya.

        Andailah waktu dapat diputarkan semula, teringin sangat nak merasa lagi roti lutut yang mak buat dulu. Itu kenangan paling indah. Ye, bukan semua orang pandai buat roti kan mak? Tapi sekurang2nya mak mencuba juga demi anak2 yang sentiasa kelaparan. Walau pada mulanya kami gelak2 kerana roti menjadi keras, namun ianya sangat unik dan menjadi kenangan paling manis. Mak, semoga mak beroleh keberkatan dan rahmat Allah di setiap nafasmu. Along sayang mak!!

{ 0 komen... read them below or add one }