Click Here!

Kelas Loafer dan Sandal Ringkas Bergabung!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, May 16, 2014

      Salam. Minggu ni sedikit sibuk dengan persiapan untuk Projek Kasut Raya 2014. Walau bagaimanapun, saya nak update mengenai aktiviti kelas kasut kami pada hari Ahad lepas.









     Minggu lepas kami ada dua orang pelajar yang datang belajar serentak. Jadi kami gabungkan kelas dalam satu bengkel. Ruang lebih luas dan lebih selesa untuk mengajar. Abdul Rahim berminat untuk mempelajari cara membuat kasut lelaki seperti loafer yang kini menjadi trend. Beliau telah menghantar beberapa contoh gambar kasut yang diminatinya. Jadi kami perturunkan ilmu penghasilan kasut loafer kepadanya. Nampak bersungguh-sungguh sekali pelajar kami ni belajar, sehingga tak mahu berhenti rehat. Setelah paten dipindahkan ke material dan mock-up mula terbentuk, barulah dia ingin berhenti makan dan rehat.

     Seorang lagi pelajar kami, Nurul Raifana yang juga adik ipar saya pula berminat untuk mempelajari cara2 menghasilkan sandal wanita. Rekaan sandal yang dipilih cukup ringkas dan ianya siap dalam sehari saja.









      Inilah hasil kerja tangan dari pelajar kami, Abdul Rahim dan Nurul Raifana. Menarik, kan? Saya percaya, jika mock-up saja Abdul Rahim sudah hasilkan secantik itu pasti hasil akhirnya lebih cantik lagi. Moga berjaya!










{ 0 komen... read them below or add one }