Click Here!

BBQ pertama di laman tepi...

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, February 11, 2011

     Masa cuti CNY hari tu, keluarga saya berkumpul di rumah kami. So, apalagi aktivitinya kalau tak makan-makan? Malam tu kami buat la BBQ kat taman tepi rumah. Takde la apa pun... Bakar ayam, sosej, burger dan jagung jer. Tu pun jagung tu mak yang bawa masa datang ke sini. Alang-alang nak dibuat bubur, baik bakar je. Lagi ramai yang makan. Kalau buat bubur jagung sapa je la yang makan. Adik beradik saya bukan gemar sangat makan bubur.

    Lepas Isyak, start la bakar ayam. Nasi dan tomyam pun ade jugak buat, kut sapa-sapa lapar pulak. Tapi paling best sekali mak buat som tam. Memang terangkat ler makan malam tu. Makan-makan sambil borak-borak, tak sedar jam dah tunjuk pukul 12 malam. Punya la lama duduk kat luar. So, layan je ler gambar BBQ kami yang tak seberapa ni.



Sedapnye...

Antara yang dipanggang malam tu

Ketam rebus yang cuba dibakar

Ayam yang diperap dengan rempah BBQ dan madu.

Ayah saya nampak seronok bila anak-anak dapat berkumpul depan mata.
  
Mak saya sedang makan jagung bakar

Adik saya yang bongsu,,,Azrul Kamil

Adik kedua terakhir.. Fahmi Hafis

Adik kedua saya yang bakal berkahwin, Mohammed Firdauz

Adik ketiga saya, Mohammed Ekhsan


Nang & kakaknya, Ida pun join kami

Jagung bakar.. Dah tinggak satu, malu-malu pulak orang nak makan...
 P/S: Adik lelaki saya yang pertama saja tak dapat hadir. Kalau la ada sekali, cukuplah kami sekeluarga.

{ 0 komen... read them below or add one }