Click Here!

Hujung minggu... apa aktivitinya ya?

Ditulis oleh Aida Awie on Saturday, February 26, 2011

   Hari ni nak settlekan saman sementara ada diskaun sehingga 28hb ni di pejabat pos. Hari ni juga nak ke Kuala Selangor jalan-jalan sambil cari makan.
 
   Tapi... Bila baca blog Projek DIY si Azman ni, terus rasa nak buat make over jugak. Dah lama tak buat projek make over ni.. Dua tiga minggu sudah sekadar menyapu laman dan merumpai je aktiviti kitorang. So, ingat minggu ni nak make over kawasan depan sliding door ler. Kami pun selalu lepak-lepak kat situ waktu malam. So projek kali ni nak buat make over ala-ala spa. Ok, cari rujukan dulu...

Ada 'decking' yang menjadi pelantar sekaligus membezakan kawasan
dan pokok-pokok segar. Sebaik-baiknya yang berbau wangi.

Satu kemestian.. Nyalaan lilin yang meliuk lentuk ditiup angin
kadang-kadang buat kita terbuai perasaaan.

Batu-batu kecil, lilin wangi dan kelopak bunga di dalam mangkuk berisi air.
    Rasanya penambahan bau-bauan aroma theraphy, bunyi-bunyian dari wind chime juga boleh kita tambahkan untuk menghasilkan ketenangan secara semulajadi. Jangan lupa pasangkan bidai agar terlindung dari panas matahari selain lebih privasi. Amacam? Rasanya jadi tak projek make over saya nanti? Sama-sama kita tengok Isnin nanti ye..

{ 0 komen... read them below or add one }