Click Here!

Pangkor - Day 2

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, February 8, 2011

* Sambung lagi cerita Pangkor..

   Hari kedua, pagi-pagi buta saya dah bangun untuk tengok matahari terbit la kononnya. Sekali matahari pun tak nampak. Tiba-tibe terang je. Tak tahu la pasal pe,kan... Mungkin mendung atau pun matahari naik kut lain. So, balik bilik dengan hampanya, dah la pergi tu sorang-sorang je. Suami saya sayang nak tinggal bantal selimut bagai. Ambik la dua tiga pose kat situ sekadar memujuk hati sendiri.
Pose dulu sebelum keluar hotel..

Bot-bot yang digunakan untuk aktiviti membawa pengunjung ke tempat sorkling.
   
Permandangan Pantai Pasir Bogak waktu pagi.

Pose sendiri je la..Memandangkan semua orang masih tidur lagi.
Pantai Pasir Bogak. Bogak tu ape maknanye ye?

   Dalam jam 7.15 pagi agak-agak memang dah tak de harapan tengok matahari naik, saya pun beredar. Bukan jauh sangat pantai ni dari hotel. Boleh jalan kaki je. Masa sampai di lif, bertembung pulak dengan kakak-kakak ipar yang sedang menuju ke dining hall untuk sarapan pagi. Terus join diorang sebab suami saya pun ada sekali.
 
   Setiap bilik dapat 2 kupon makan. Makanan di sini pun boleh tahan la sedapnya. Pilihan pun banyak. Untuk pagi tu, saya pilih mee goreng dengan sosej dan bihun sup. Emm..bihun sup sedap tapi isi ayam kureng...Tak tahu la kut ramai yang dah menyenduk ataupun memang diletakkan sikit je dalam sup tu.

Aktiviti makan-makan yang berselang dengan borak-borak kosong.
Mak mertua saya makan bubur nasi.
Hadif anak abang ipar saya nampak seronok dapat makan ramai-ramai.
   Lepas aktiviti makan-makan, kami yang nak sertai snorkling berkumpul di pantai Pasir Bogak. Ada juga yang tak join. Yang tak join tu bukan pasal apa... Diorang ada anak kecil, so bahaya kalau join aktiviti ni. Jadi kami ni pecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan pergi snorkling, manakala satu kumpulan lagi jalan-jalan round pulau dengan kereta.

Masing-masing semangat nak snorkling.
   Kat Pulau Pangkor ni memang banyak aktiviti seperti ni. Harga pun berbeza-beza. Kena pandai congak sendiri la mana satu yang lebih untung. Kami pilih Happy Island Servise ni sebab dekat dengan apartment, jalan kaki pun boleh sampai. Harga yang ditawarkan RM150 satu bot. Maximum satu bot 10 orang dewasa je. Tapi  kalau ada budak kecil, boleh je selit-selit dua tiga orang, bergantung pada budi bicara si pembawa bot tu jugak ler... Snorkling set pulak RM10/per set. Abang tu pesan kena jaga betul-betul. Kalau hilang kena ganti RM70 satu set.


  
   Kami round dengan bot dan snorkling dari jam 9 pagi sampai 11.40 pagi baru naik ke darat. Masa round dengan bot tu dapatlah serba sikit info dari abang yang bawa bot tu. Kami dibawa melihat Pangkor Laut, sebuah penginapan termewah di Pangkor dengan harga minimum RM1200 semalam. Lepas tu kami dibawa melihat Pulau Mentago, Pulau Paus, Monkey Bay, Bikini Island, Coral Bay dan akhirnya barulah melakukan aktiviti snorkling.

{ 2 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

ishh..sy yg dekat ngan pangkor pun lum penah snorkeling lagik....hik3

Aida Ab Jalil said...

rugi le duduk dekat tak mencube watie.. cube ler.. mesti tiap minggu nak buat nanti!