Click Here!

Rezeki dari tetamu jauh...

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, February 11, 2011

         Beberapa hari lepas sambutan Raya Cina, saya tak bersemangat nak update blog, mana yang ada tu pun entry yang dah dijadualkan keluarannya. Bukannya apa, tapi diri sendiri kurang sihat. Batuk dan demam silih berganti. Jadi, cerita-cerita sepanjang cuti CNY ditangguh sehingga ke hari ini.

        So, hari ni nak cerita perihal kami yang menerima tetamu jauh masa CNY lepas. Tetamu kami tu adalah kawan adik saya yang ke empat. Adik beradik saya 7 orang kesemuanya. Saya seorang saja anak perempuan. Di antara kami, saya dan adik lelaki pertama saja yang telah berkahwin. Adik kedua bakal berlangsung akhir bulan tiga tahun ni. Jadi yang selebihnya masihlah mencari-cari.

    Nak dijadikan cerita, masa CNY lepas mak dan abah saya datang ke rumah. Jadi kami suami isteri berhajatlah nak buat BBQ di taman. Jadi jemputlah kesemua adik beradik saya datang berkumpul. Kebetulan pula adik lelaki keempat saya ni pergi menjemput kakak kawannya, Nang di lapangan terbang. Kakak kawannya tu nama Ida, baru balik dari kampungnya di Kota Kinabalu, Sabah. Alang-alang menjemput, dibawanyalah sekali ke rumah. Biar berkenalan dengan kami semua. Itulah bagaimana ceritanya kami dapat merasa makanan dari Sabah ni.

     Banyak juga bekalan dari kampungnya dibawa ke tanah Semenanjung. Dengan rumpai lautnya...ketamnya... macam-macam lagilah. Maklumlah, makanan exotic negeri Sabah mana ada jual di sinikan?

Rumpai laut yang diorang panggil anggur kecik.
Ni pula ubi kayu yang diparut dan dibuang airnya. Kemuadian dijemur
dan dimasak. Tak ingat dah namanya.
Nilah hasilnya. Ubi kayu tadi dipotong-potong dan makan bersama acar rumpai.
Saya pun mencubalah makanan baru ni. Sedap jugak...
Yang ni memang tak dilepaskan...Ketam yang dah siap direbus dari Sabah.
      Ubi tu lebih kurang macam lemang la di sini. Cuma ianya dimasak bukan dibakar. Rasanya pula tawar-tawar masam ubi kayu. Sebab tu kena makan dengan pencicah. Kata Nang, macam-macam cara orang sana makan ubi kayu ni. Ada yang makan dengan gula, ada makan dengan asam... Terpulang pada selera masing-masing. Masa di rumah saya, Nang buatkan pencicah dari rumpai laut dan mangga muda yang dicampur air perahan limau nipis, belacan dan cili api potong. Kami memang serah kat Nang je yang buat, sebab pertama kali nak rasa makanan orang Sabah. Best jugak rasanya. Lagi best bila campur isi ketam rebus tu. 

{ 1 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

macam menarik jer makanan tuh, besarnya ketam tuh....