Click Here!

Boncet...

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, May 11, 2012




   Labu dah duduk dengan kami, semakin hari makin gemok dan buncit. Dah macam garfield da perut dia. Kadang2 tersasul juga panggil Labu dengan nama Adika. Masa terpanggil Adika tu, dia buat tak tahu jer. Seronok layan kerenah dia yang menghiburkan. Sekarang, balik kerja ada Labu menyambut depan pintu. Dah ambil tugas Adika dulu, cumanya masa tak da kat rumah kami kena letak dia di luar. Dia tak macam Adika pandai membuang di tandas. Kalau Labu nak membuang, mesti dia lari ke luar cari tanah. Mula-mula bagi makan, lepas tu dia tahu kami sayang dia... Jinak jer. Meliuk lentuk, menggesel kat kaki. Mana kita pergi mengekor jer. Dia paling suka bila kita dukung dia. Senyap jer bila didukung. Tapi malam tadi dia sudah curi ayam KFC saya yang berbaki. Haha.. Baru ingat pagi ni nak bagi sikit, rupanya dia dah bertindak dulu. Hubby kata pada saya jangan bagi dia makanan pagi ni. Biar dia lapar sampai petang sebagai hukuman. Tapi tak sampai hati pulak saya. Kesian.. Dia tu kan cuma seekor kucing. Mana ada akal? Ok, hubby keluar kerja awal hari. Saya letakkan juga makanan dan air buat si Labu kesayangan.

Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }