Click Here!

Cuti Sekolah@ Kuantan

Ditulis oleh Aida Awie on Sunday, May 27, 2012

    Cuti sekolah kali ni temankan hubby berkursus. Dia yang tengah kursus boleh lari2 pergi jemput dan hantar saya ke Duta Village Beach Resort kemudian balik ke lokasi kursus semula. Jadilah cuti kami dalam pelarian. Hehe..
   Bila tahu hubby kena kursus ke Kuantan, saya terus cari bilik melalui Agoda.com. Dapat 1 bilik kat Duta Village Beach Resort, harga rm119 dengan tax. Ok lah tu, kan? Yang tak seronok satu je... Bilik yang ada katil queen dah tak ada. So, dapat duduk bilik dengan 2 katil single. Kenalah rapatkan sendiri jadi satu katil. Ok, jom cuci mata tengok keadaan biliknya.


Nilah keadaan katil asal.. 2 Single bed


Keadaan keseluruhan bilik.. Agak cantik dan luas juga.


Dressing table paling memuaskan.. Luas betul nak membelek muka.


Sinki dalam bilik air yang boleh susun segala macam perkakasan mandi korang. Kat hotel ni, dia cuma bagi shower cap, tisu tandas dan sabun ketul 2 biji. Kat tepi tempat shower tu ada juga disediakan shower jel.


Tandas dah tentu bersih dan boleh flush. Itu perkara paling penting yang saya test masa check in. Tapi yang tak bestnya, tandas ni tak da pili air. Kalau nak mencebok, kena tadah air dalam baldi. Baik la korang lari masuk gents atau ladies kat luar bilik setiap koridor tu. Ok, nanti sambung lagi di episod jalan2 keliling kawasan resort.
Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }