Click Here!

Dee Creative Make Up Class@ Melacca Spa

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, May 25, 2012

    Semalam lepas je habis kerja, berkejar ke Batu Caves jemput kawan saya Che' Mas untuk sama2 pergi kelas mekap. Saja jer la, buat tambah ilmu. Lagipun ada best promotion kat Streetdeal. Tu yang sambar untuk 2 orang tu.
   Dalam jam 6 petang kitorang sampai sana. Ok la, tak susah sangat nak cari spa tu, lagipun sebelum tu dah telepon dulu tanya lokasi. Spa tu kat tingkat 1, bawah ada kedai2 makan dan kedai pelbagai. Kawasannya biasa2 je, tapi bila masuk spa tu rasa cam kat Bali pun ada. Dengan kaunter reseption siap ada kayu-kayan, tebaran batik lepas, dengan pokok menjalar lagi. Memang rasa macam masuk dunia lain.Tapi sayang, lupa nak ambil gambar spa tu semalam. Tu la, dah menjakun sangat dok tengok dekorasi spa tu. Hehehe...
    Dah duduk kejap, owner spa Kak Norish pun jemput masuk satu bilik. Bilik di mana kitorang nak belajar menconteng muka. Ingatkan ramai, rupanya kitorang berdua je petang tu. Ok ler, lagi bagus. Tak segan sangat dan dapat perhatian penuh dari cikgu,kan? Isi borang dulu, pas tu kitorang diberikan free gift berupa sample barangan Mary Kay dan sebotol mini perfume. Mini perfume ni boleh pilih sendiri suka bau apa. Ada katalog untuk rujukan dan bukan bese2 punye bau, yang saya ambil ni no. 232 adalah Pleasure.


    Dah borak2 berkenalan, kelas pun mula dengan mencuci muka, pakai mask kejap dan pakai moisturiser lepas bilas masker tadi. Yang paling best, pakai produk Mary Kay tuh.. Memang rasalah ketegangan kat muka lepas pakai masker ni. Ni yang rasa nak beli je nih. Sambil2 nak tunggu masker kering try pulak hand losyen dia. Wangi... Bau peach.
    Mula2 cikgu mekapkan sebelah muka saya. Pastu yang sebelah lagi, saya mekap sendiri. Pastu, cikgu mekapkan sebelah muka Che' Mas dan sebelah lagi dia mekap sendiri sampai la habis.






Ni gambar Che' Mas tersenyum seronok lepas touch up muka.


Ni pulak gambar saya lepas mekap.


Seterusnya gambar owner  Malacca Spa yang juga cikgu mekap kami, Kak Norish.. Lawakan orangnya? Ramah pulak tu, kami yang malu2 pada mulanya pun rasa selesa.


Ni pulak gambar2 kami dengan Kak Norish.



P/S~ Kalau korang nak belajar mekap dengan Kak Norish, boleh call 03-4143 1596 atau cepat2 beli vouchernya. Saya beli kt http://www.streetdeal.my/. Harga voucher cuma rm19 je seorang untuk pilihan mekap siang ATAU mekap malam. Harga asal rm280. Terbaru dapatkan voucher dari Alldealasia, klik sini. Cepat sebelum terlambat!

Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 3 komen... read them below or add one }

Puteri Purnama said...

salam,
segar dan ayu,je lepas makeup..cantik.

Aida Ab Jalil said...

memang best!!
cubalah kak.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.