Inilah hadiah yang hubby dapat dari anak muridnya semalam. Biasa la tiap2 tahun cikgu dapat hadiah tanda terima kasih murid pada cikgunya. Banyak,kan?
Sebenarnya bukan nak bercerita perihal hadiah besar atau kecil, mahal atau murah. Tapi nak bercerita tentang hadiah dari salah seorang anak murid saya semasa saya jadi guru ganti di sebuah sekolah rendah di Kuantan yang sehingga kini masih terpahat dalam hati. Waktu itu saya baru tamat pengajian dan mengajar Tahun 5. Kelas tersebut boleh dikategorikan kelas terakhir. Pelajarnya majoriti adalah dari keluarga susah, pakaiannya selalu comot. Walaupun saya cuma mengajarkan Bahasa Melayu kepada mereka, namun agak payah juga memandangkan mereka ini sudah seperti hilang minat belajar. Tapi dalam seramai 18 orang tu, ada seorang pelajar perempuan yang saya perhatikan memang tekun dan berusaha juga memahami apa yang saya ajar. Bayangkan dari 18 orang hanya seorang saja yang betul2 mahu belajar. Saya rasa kecewa sangat kerana tak berjaya menarik perhatian mereka, tapi saya pujuk diri dengan alasan saya pun bukanlah dilatih secara profesional.
Hari berganti bulan, akhirnya tibalah pada sehari sebelum Sambutan Hari Guru. Satu2nya pelajar saya yang tekun datang kepada saya dan meminta maaf. Bila saya tanya kenapa, jawabnya kerana dia tak mampu membelikan saya hadiah untuk Hari Guru. Katanya lagi, dia cuma mampu mendoakan saya. Saya rasa terharu sangat dan katakan padanya, cukuplah kalau dia berjaya dalam pelajaran. Pada akhir tahun itu, saya tamat berkhidmat menjadi guru ganti di sekolah tersebut. Saya pulang ke KL untuk terima tawaran menjadi pereka tekstil. Cerita itu tamat di situ sehinggalah ketika saya berkunjung semula ke rumah mak cik di Kuantan, saya menerima surat dari bekas murid saya yang memberitahu bahawa dia telah pun lulus dalam Upsr. Saya menangis membacakan surat darinya. Sungguh dia masih mengingati saya yang cuma singgah mengajarnya setahun saja.
Published with Blogger-droid v2.0.4
{ 2 komen... read them below or add one }
salam Aidadewie.
saya titiskan air mata membaca perkongsian cerita ini.Tahniah kerana pernah mengalami pengalaman menjadi guru.
salam kak, pengalaman itu mmg sentiasa terpahat di hati. keluhuran hati pelajar tu memang memberi kesan pd saya.
Post a Comment