Click Here!

Labu

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, May 1, 2012

   Si comel ni tak tahu sapa yang punya. Petang2 selalu datang minta makanan. Keletahnya agak sama dengan Adika. Comel sangat tengok dia buat muka kesian sambil menggesel2 kat kaki.
      Saya berikan dia makanan sebab tengok macam lapar sangat. Sekali makan macam kebulur sangat. Siannya..kan? Hubby panggilnya Labu sebab warna bulu kuning keorenan macam isi labu.  
    Hari pertama datang makan, kami beri ikan bilis. Labu makan tapi dalam keadaan berjaga2. Dia menjauh bila tiba2 ada orang muncul. Mungkin dia ada sejarah hitam membuatkannya sentiasa berwaspada.
    Hari kedua kami dah beli sedikit makanannya untuk standby kut dia datang lagi. Tapi pagi2 lagi kami kena keluar hantar adik ipar interview. Sudahnya petang baru jumpa Labu. Dia duduk di pintu belakang rumah jiran. Ingatkan tu rumah tuannya.Nampak dia disimbah dengan air. Cepat2 hubby suruh saya pergi ambil Labu. Kami bagi Labu makan friskies. Mula2 dia takut kena simbah, tapi kami usap2kan bulunya semasa dia makan. Barulah dia percayakan kami. Kesian dia, agaknya lapar sangat la tu. Jadi hubby siapkan cage tempat Adika masa mula2 datang dulu. Biar dia tidur dan makan di situ. Kali ni biarlah setakat beri tempat tinggal dan makan je,tak mahu bawa masuk rumah lagi. Kalau dia rapat sangat dan mati, nanti kami juga yang sedih. Apa pun memang seronok sangat bila dia ada. Sekurang2nya keletahnya menghiburkan hati kami. Tadi dia berada di sisi saya sepanjang saya menyemai bunga.





Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }