Click Here!

Hotel Shangg, Ipoh

Ditulis oleh Aida Awie on Sunday, April 7, 2013



   Alhamdulillah, dah sampai pun kami ke bandar Ipoh. Call pihak hotel nak tanya waktu check in, tapi rupanya hotel ni boleh terus check in jika sampai awal dan tiada guest lain.  So, kami terus menuju ke hotel untuk rehat sementara menunggu masa makan. Lagi pun hujan renyai kat luar membantutkan perjalanan kami. 

Pintu arah ke bilik-bilik penginapan. 
Sudut mini mart. So kalau tetiba lapar tengah malam boleh turun beli di sini.  
     Hotel ni terletak di Jalan Leong Boon Swee, Ipoh. Penilaian pertama kami mengenai hotel ni biasa-biasa saja. Kawasan luarnya tak mempunyai permandangan yang mengujakan memandangkan ia terletak di kawasan perniagaan dan kereta terpakai. Kawasannya juga agak sesak. 


         Walaubagaimana pun, layanan dari si manis front desk saaaaaaaangat mesra. Saya baru tolak pintu, dia dah welcome dgn nama saya. Wah!! Check in dan tanya serba sedikit tentang Ipoh. Tempat makan dan attractive yang ada di bandarnya. diberikan kami peta Ipoh dan pamplet Food Trail. Owner hotel tu siap bagitahu lagi 
tempat2 makan yang berpatutan dan famous kat area hotel. 

* Patut guest review dalam tripadvisor mengujakan.

Mr Shangg yang mesra dan ramah. Ok, tq Mr Shangg. 


      Dapat kunci, kena menapak panjat tangga sebab hotel ni tak ada lift. Nasib baik tingkat 1. Bila buka pintu bilik plak, automatik bibir terus mengukirkan senyuman. Segala tanggapan awal tentang biliknya terus lenyap digantikan pandangan yang memuaskan. Berbaloi dengan rm140 yang dikeluarkan. Biliknya agak kemas dengan susunan perabut yang teratur. Bilik yang kami tempah ni adalah Family Deluxe sebab tu ada 2 queen bed, dan memandangkan kami datang berlima maka tambah satu tilam lagi (+rm30). Harga bilik murah sikit sebab book dari Agoda.com. Berminat nak stay kat sini boleh hubungi Hotel Shangg 05-255 8090 atau buat tempahan di Agoda. Boleh bawa family korang jalan2 makan angin puas2 kat Ipoh ni. Ok, sila layan gambar bilik kami. 

* Abaikan gambar2 kami yang dah tak sabar nak landing atas katil.

Bilik kami no. 208
Teruja nak rasa keempukan tilam. Nasib baik empuk.. 

Bincang apa lagi tu? Jom pilih katil...
Permandangan untuk bilik family adalah tak mengujakan. Jadi tarik saja langsir tingkap tu.
TV kecik untuk isi masa boring sebelum tido. Memang boring rancangannya yang tak banyak pilihan, so otomatik tertido sendiri.
Bilik air dan tandas bersih dan selesa. 
Muka happy sebab hasil pelaburan tak merugikan. Bajet tetap bajet, tapi poket mesti mau jaga!
Close up lagi.. Muka puas hati dengan condition bilik. Hahaa...


{ 1 komen... read them below or add one }

suka suka said...

Nak cari restoran Melayu kat Ipoh.. cari Restoran Hijrah di Jln Kampar.
Insyaallah tak menghampakan..