Click Here!

Oh! Godaan Jakel patah ditepis hubbyku

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, April 3, 2013

   Semalam balik dari office, ajak hubby temankan ke Jakel Shah Alam. Niat dalam hati nak ambil sample kain untuk projek tudung dan telekung raya nanti. Sebelum masuk Jakel hubby dah siap-siap bagi pesanan.

~Ambil sample kain je tau. Jangan nak membeli yang bukan2.

Hehe.. Macam tau2 je iman bini dia ni. Lemah bila ade sale! Lagi la baru dapat gaji ni. Naik je ke tingkat kain-kain buat tudung tu...

Oh...

Cantiknya kain ni..




Banyaknya warna dia... 



Yang ni jugak..





Corak tribal pun banyak la kat sini ... 




    Tak sempat nak berlama-lama, dapat je sample kain hubby dah ajak keluar. Baru terdetik nak pilih satu dua kain, dah kena tarik keluar.

  ~Maghrib dah masuk, jom solat.
Tu kata hubby.

    Lepas solat kat Petronas tepi tu ingat dapatlah masuk balik ke Jakel. Haram! Terus je pandu kereta ke Sek 2, cari port makan pulak. Okey, saya senyap je. Dalam hati cakap, tak pe.. Kita kasi dia kenyang dulu. Nanti boleh pergi Jakel balik. Siap makan bayar semua, masuk kereta. Hati dah senyum ni sebab kereta macam pusing balik arah Sek 7. Sekali lagi hampeh. Terus balik ikut highway rupanye. Ingatkan nak pergi Jakel balik. Huhu~ Sedih.

*Pandang sepi Jakel tepi jalan sambil lambai2 tangan. Bye bye Jakel!

{ 0 komen... read them below or add one }