Click Here!

Misi Bajet ke Perak : Hari 1

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, April 9, 2013

Bajet percutian kali ni adalah RM500 untuk lima orang. Kira dah murah la tu kan, RM100/orang. 

Hari Pertama

Kami tiba di Ipoh lebih kurang jam 11 lebih. Check in dulu sementara menunggu waktu makan tengahari. Baring2.. golek2 atas katil sambil layan free wifi yang zasttt lajunya. Google2 cari tempat menarik dan sesuai seisi keluarga. Seronok dapat mandi air panas dan kemudian golek2 atas katil meluruskan pinggang dengan aircond terpasang padahal hujan mencurah-curah di luar. Benarlah ramalan cuaca kata tengahari Ipoh hujan, tapi tak de lah sampai ribut petir. Hujan lebat je pon..

Memandangkan membawa ibubapa yang uzur, haruslah makan tepat masanya. Nanti kalau ada yang sakit, tak syok nak berjalan pulak ye dok? So, walaupun hujan lebat mencurah-curah, kami gigihkan juga keluar mencari makan. Semua sepakat nak mencuba Nasi Ayam Fuziah. Kami memang pernah try masa datang Ipoh dulu, tapi saja makan lagi, nak bagi  peluang mereka pulak merasa.  Makan2 kat sini tak ingat nak tanya hubby. Tapi tak silap dalam RM30-35.

On the way ke Nasi Ayam Fuziah.. Perut lapar berganda di masa hujan2 cam ni.
Gambar di Nasi Ayam Fuziah tak de sebab sibuk makan, makan dan makan. Lapar sangat masa ni. Selesai makan, kami ke Muzium Perak memandangkan hujan masih turun renyai2. So, pilihan terbaik adalah ronda2 dalam muzium. Tak de la mengkaji sejarah sangat pun. Saja habiskan masa sambil tunggu hujan berhenti. Yang menarik dalam muzium ni cuma ira kayu yang menyerupai wajah wanita sedang menangis tu jer.. Yang lain biasa2 saje. Masuk adalah percuma ye, so tak la rasa rugi sangat.

Muzium Perak. Jom kenali Perak secara lebih mendalam.
Keluar dari muzium nampaknya hujan sudah mulai reda. Ok, jom ke Gunung Lang. Nak bagi ikan2 tu makan. Lepas tu nak naik bot pi pulau kecik kat seberang. Tambang untuk dewasa RM3 dan warga tua RM1.50. Makanan ikan RM1 seplastik. So, tambang kami 3D + 2WT + 3M/ Ikan adalah RM 15. Fridge magnet RM4/keping atau RM10/3 keping.



Rupa2nya kunjungan kali ni bukan je nampak ikan, dapat tengok
tuntung atau lelabi jugak.  Banyak jugak specisnya dalam kolam ni. 
Dah tertunailah hasrat nak bawa mak mertua saya naik bot kat Gunung Lang. Tapi agak hampa sebab diorang tak bukak pam air terjun kat signboard Gunung Lang tuh. Kalau la buka, mesti lagi cantik nak bergambar ade air terjun. Selesai misi jelajah Gunung Lang, singgah minum kopi di Monorel Cafe kat Stesen Keretapi Ipoh. Ni hubby punya wish. Diakan vintage.. So, kami join saja sebab dia yang bawak kereta. Best jugak kopi kat Ipoh. Wangi... Harga keseluruhan makan minum di sini adalah di bawah RM15.

Singgah minum kopi dan makan roti bakar kat sini. Best!!
Selesai minum, kami kembali ke hotel semula. Balik la nak rehat2 dan solat pulak. Bawa orang tua berjalan tak bolehlah nak main redah je. Kena bagi diorang berehat jugak. So, kat bilik bincang tentang plan esok dan misi makan malam. Pusing2 bandar Ipoh tak tau nak berhenti makan kat mana, last2 dapat parking kat tepi KFC. Makan je kat situ. Boleh tahan sesak jugak bandar Ipoh malam2 ek?
Makan malam ni kami ambil barrel 12 ketul + coslaw L + mashed L + 2L Cola. Semua berjumlah RM60.50.

Makan malam kat KFC Ipoh saje. Susah parking woo!! 
Siap makan, masuk ke The Store jap. Saja ronda2 temankan adik ipar nak cari seluar. The Store wat pengumumam nak tutup kedai lagi 5 minit baru kitorang keluar. Hahaha !! Hangin je pekerja The Store...
Balik bilik terus terbongkang. Sedapnya tido, sampai ke pagi tak sedar apa2. Mak mertua dan hubby kata pukul 3 pagi dengar macam orang berlari. Saya tak sedar apa, tapi pagi tu cuba gak investigate kat pekerja hotel. Tanya sapa duduk bilik atas bilik kami. Katanya 2 pasangan India. Ntahlah, agaknya diorang main kejar2 kut kat atas, tu yang dengar cam bunyik orang berlari. Fikir +ve jelah... Malas nak sesakan fikiran dgn citer tahyul. 

bersambung...

{ 2 komen... read them below or add one }

JaSSNaNi said...

ooo ada org honeymoon main2 kat atas tu kot.. tu bunyik2 sampai tengah malam buta.. hehhee.. :)
bestnye cuti2 perak.. :)

Aida Awie said...

Haha.. Maybe la jassnani. Kena la main kejar2 dulu kan?