Click Here!

Pengalaman Menangani Karenah Pembeli Kereta

Ditulis oleh Aida Awie on Monday, April 1, 2013

    Entry lepas2 saya ada kata nak ceritakan sikit pengalaman berdepan karenah pembeli kereta,kan? Haa.. Hari ni saya akan tunaikan janji saya tu. Alkisahnya, saya iklankan kereta kami di Mudah.my dan letak no telefon untuk memudahkan saya dihubungi. Nak letak nombor hubby risau mengganggu kelas dia. Jadi saya letakkan nombor telefon saya. Maka bermulalah kesibukan saya menerima panggilan telefon tak mengira siang dan malam. Ada yang cuma sms bertanya perihal kereta, ada juga yang menelefon terus. Nak dijadikan cerita ada seorang lelaki ni, saya kira lebih muda dari saya. Jadi saya gelarkan dia adik, telah menelefon saya dari Johor untuk membuat tawaran. Sudah tentu harga yang ditawarkannya sedikit rendah dan tidak menarik perhatian saya. Maka saya ignorekannya. Rupanya dia tak berputus asa tetap juga memujuk saya dengan harga yang ditawarkannya. Saya pasti tolak, lagipun harga yang ditawarkan lebih rendah dari harga yang ditawarkan syarikat used car. Saya katakan padanya saya memang tak berhasrat menjual dengan harga yang ditawarkan kerana rendah sangat, kereta saya masih ada nilai lagi. Dia kemudiannya memberitahu ingin melihat kereta saya terlebih dahulu. Saya ok saja dan berikan satu landmark untuk perjumpaan tersebut. Saya cakap pada hubby minta dia bersedia kerana mungkin satu perjumpaan akan diadakan dalam masa terdekat ini. Hubby kata ok nanti dia yang akan jumpa si pemanggil. Habis di situ.

     Tiba-tiba dalam jam 1.30 pagi, saya dapat satu panggilan tak bernama. Nombor je yang naik. Dalam kelat mata tu saya jawab jugalah, nak marah pun ada bila tidur terganggu macam ni. Rupanya yang call tu budak tadi. Siap dia cakap dia on the way nak datang KL untuk tengok kereta saya dan bawa RM tunai. Tak tahulah saya betul ke tidak. Tapi saya cakap yang saya memang tak mahu jual dengan harga yang ditawarkannya tu. Lepas tu dengar pulak suara dia macam bercakap2 dengan seseorang. Dan dia up lagi RM. Pening juga lah bila hadapi situasi macam ni dengan ragam manusia yang macam tak sabar2 tunggu esok. Hubby ambil telefon dan cakap baik2 padanya, bahawa kami tak mahu jual harga rendah. Dia macam kecewa dan kata dia sanggup up sikit lagi dan nak datang sekarang bayar cash dan ambil kereta tu. Adoila...

* Kalau pon harga yang ditawarkan tu bagus, mana boleh serah kereta macam tu je. Lagi pulak kami belum terima kereta baru, macam mana nak serahkan kereta lama? Nak pergi kerja naik apa nanti? Hehe.. Apa2 pun berhati2lah juga. Macam2 karenah orang ada sekarang. Jangan kita mudah tertipu dan terjerat sudah!

    Sekarang bila dah dapat buyer, cepat2 saya delete iklan di Mudah.my. Tak sanggup lagi terima call dan layan macam2 karenah. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan kami. Iklan makan masa hampir 2 hari saja.14hb pagi masuk iklan, 15hb petang dah dapat buyer. Buyer ni pun orang kedua yang datang tengok kereta. Test drive, borak2 sikit terus letak booking dan buat surat perjanjian. Alhamdulillah Kau permudahkannya, Ya Allah. Semoga segala hasrat kami ini diberkati dan mendapat keberkatanMu. Hanya Engkau Maha Mengetahuinya!

* Ada sesetengah kes, pembeli memang beli cash kereta kita. Tapi silapnya si penjual yang teruja hanya berjanji mulut jer, tiada surat perjanjian/surat serah kereta dibuat. Kononnya dah dapat duit, tak perlu risau tentang hak pemilikan/ pengguguran hakmilik. Tup tup polis datang ke rumah kerana kereta yang belum tukar hakmilik terlibat dengan kes dadah. nak cakapkan apa pada polis? Bukti tak ada.. Kalau dah buat surat serah milik adalah juga buktinya. Tak terduduk kalau kena cam tu? Tak pasal2 kena menanggung kesalahan orang. Nauzubillah!!

{ 2 komen... read them below or add one }

Puteri Purnama said...

assalammualaikum,
Terimakasih berkongsi pengalaman ini.

Aida Awie said...

Waalaikum salam kak puteri... Sama2. Sekadar berkongsi, mana tahu dapat mengelakan orang dr tertipu..