Click Here!

Misi Bajet ke Perak : Hari 2

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, April 10, 2013



Hari Kedua

Hari ni dah nak check out. So, pagi2 lepas Subuh kami siap2 keluar cari sarapan. Jumpa satu kedai tepi jalan berdekatan Pasar Besar Ipoh. Restoran Hj Yahya di Jalan Tingkat Pasar. Kami try makan kat sini. Banyak jugak hidangan pagi dia, cuma tak de kuih langsung. So, kami makan 5 mangkuk mee kari (RM3.50) + 1 pinggan pulut kuning dgn rendang ayam + 1 pinggan nasi dagang lauk kari ikan. Total termasuk air adalah RM28. Hajat asal nak try makan di tingkat atas Pasar Besar, tapi terpaksa batalkan sebab... 1. Saya bawa mak mertua yang uzur. 2. Dari tangga yang kami naik tu kena lalu kawasan makan cha ya nun alip dulu (agak jauh jugak la) baru sampai kawasan makan orang kita. So, bau2an di situ telah kasi potong selera. 


Selesai isi perut, sessi menjelajah Pasar Karat pun bermula. Hubby seronok dapat merasa tengok2 barang kat sini. Saya pimpin mak mertua, dan biarkan mereka bawa haluan masing2. Kami jalan lambat2 sambil berhenti kadang2 kat barang2 menarik. Terjebak beli sling bag kulit jenama Sachs. Design lama yang simple tapi masih bagus keadaannya. Tawar menawar berlaku dan akhirnya saya dapat bawa balik dengan harga RM 13. Senyum sampai ke telinga... 


Cer tengok.. cer tengok sling beg tuh. Cantik kan? Berbaloi tak?
Jam 10 lebih semua berkumpul semula di kereta. Kami kena balik ke bilik untuk kemas apa yang patut. Waktu check out adalah pada jam 12, tapi kalau tak guest lain boleh je keluar lewat sikit asal jangan lebih jam 1 petang. Bergerak ke Gua Tempurung. Perjalanan ni makan masa jugak sebab agak jauh dari Ipoh.  





Tak masuk pun sebenarnya... Ambil gambar di muka pintu gua je. Tapi angin sejuk dari dalam gua macam memanggil2 kami masuk ke dalam je. Curi2 masuk jap ambil gambar kawasan dalam gua. Nasib baik keluar awal, sebab separuh jalan terserempak dengan renjer. Mungkin dia nak cari kami la kut, apa pasal lama sangat... Kata nak ambil gambar kat pintu gua je. Lepas tu singgah makan tengahari di gerai2 kat situ. Makan mee goreng basah sangatlah bestnya. Rasa cukup perasanya walaupun hanya rencah telur je, tak de ayam. Harga pun tak mahal, biasa2 je, dalam RM3.50 sepinggan. So total termasuk air adalah dalam RM22. Sebelum balik harus sebat fridge magnet. Harga kat sini RM3.90/keping. Tak de pilihan sangat. So sambar satu untuk diabadikan kat fridge rumah.

Perjalanan diteruskan ke Menara Condong di Teluk Intan. Sepanjang perjalanan lalu kat kampung2 dan sawah padi. Berhenti jap nak merasa pegang padi. Hampa sekali pasal ade tali air kat tengah tu. 
~Selamat ko padi, baru niat nak cabut sepokok wat kenangan.


Akhirnya, sampai dah. .. 
Inilah dia menara condong tu. Nampak jugak la kecondongannya. Macam biasa, yang lelaki pergi meneroka. Kami duk elok2 bersimpuh tepi tangga tu tunggu diorang siap jelajah. Matahari pada waktu ni sangatlah teriknya. 


So, keluar2 nampak medan selera. Apalagi... Cendol, ABC dan Lai Chi Kang jadi pilihan. Malangnya cendol sudah habis. So order apa yang ada saja. Hubby lapar sangat jadi dia order Nasi Goreng Ayam berharga RM3.50. Kami yang lain cuma nak minum je sebab masih kenyang makan di Gua Tempurung. Kedai no. 18, terima kasih mak cik sebab bagi diskaun lagi pada makanan yang dah murah ni. ABC dia RM2 je walaupon bahan banyak ~jagung, kacang merah, cendol, cincau semua ada. Lai Chi Kang dan Nasi gorengnya pon sedap. Boleh datang lagi makan di kedai ni. Total belanja kat sini adalah RM13 selepas diskaun 50sen.

Haa... Ni la kedainya, no. 18. Betul2 di pintu masuk medan selera mengadap menara condong.
Kedai ni kdg2 tutup kalau ada tempahan kenduri kendara, so boleh call dulu before datang. Kalau datang waktu kerja
pun digalakkan call dulu supaya tak tunggu lama. ~ Syed Nasir 013-502 5801/ 013-509 1801
Selesai bergambar dan makan2 di menara condong, kami bergerak pulang melalui jalan kampung. Perjalanan agak lama ditambah dengan kesesakan jalanraya. Sepanjang perjalanan masing2 melayan kantuk kecuali hubby yang memandu. ~Kesian hubby drive sesorang. 

Kami tiba di Shah Alam jam 9.30 malam, singgah di Popiah S.S Ali sebelah Gulatis tu isi perut lagi sebelum hantar adik ipar ke rumah sewanya. Kami memilih untuk makan nasi ayam  kecuali hubby pilih rojak. Kos makan dan minum dalam RM36. Nasi ayamnya sedap sangat, terutama sambal ladanya. Sangat awesome!
Siap makan hantar adik ke rumah sewanya. Kami teruskan perjalanan pulang ke rumah dan tiba jam 11.30 malam. Penat memang penat, tapi seronok dapat menggembirakan orang tua. Semoga ada lagi kesempatan sebegini. Inshaa Allah...

{ 3 komen... read them below or add one }

JaSSNaNi said...

hari tu balik ke KL ikut telok intan.. tapi tak singgah plak menara condong tu, kejar masa gak.. sbb tak nak lewat sampai KL.. ape pun perjalanan ikut jalan kampung mmg mendamaikan..

Aida Ab Jalil said...

Emm... Kami dr menara condong tu dalam jam 6ptg. Kalau ikutkan 2 jam je. Tapi jalan sesak sgt hr tu. Entah sbb apa. Lagi nk ke shah alam hntr adik ikut laluan kapar, tu yg tambah masa atas jalan tu.

kasihredha said...

Salam aida
Akak dah jawap ttg Tasik kenyir tu di blog akak :)