Click Here!

Shhhh... Layan Sunset @Morib

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, April 25, 2013

























morib

Subhanallah.. Cantik,kan? Bersyukur masih dikurniakan nikmat melihat ciptaan Allah yang sangat sempurna dan awesome ni. 
Continue Reading

Paragliding di Bukit Jugra

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, April 24, 2013

Yeahhhh !!!
Akhirnya sampai jugak kat Bukit Jugra ni. Tu tengok tu, mereka yang berani  terbang dah beraksi. Sayup2 je tengok dari bawah. Macam best jer aktiviti ni, tapi saya tak berapa berani lagi nak try. 



Dah sampai kat atas. Park kereta kat belakang tembok tu. 


View dari atas Bukit Jugra ni memang tak menghampakan. Sangat awesome! Jom layan...










Bye bye Bukit Jugra, ada jodoh kita jumpa lagi...
Continue Reading

Paya indah wetland

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, April 22, 2013




 Ke Paya Indah Wetland kami berdua minggu lepas. Ingatkan PIW ni di Putrajaya, rupanya di Dengkil. Rugi sungguh berpusing2 dalam Putrajaya. Itulah confident sangat kat Putrajaya, padahal yang kat Putrajaya tu Pusat Rekreasi Air Wetland. Jauh beza tu...
Ada apa kat PIW ni? Entah la. Ni lah baru nak intai2. Dengar ada buaya dan badak semua. Jom kita tengok sama2 apa ada di sini ye?

Ni jalan masuk ke PIW
Pintu masuk ke kawasan PIW
Kalau dah nampak landmark ni, boleh turun untuk daftar dan ambil kad pelawat.
Isi borang di sini dan abang belakang tu akan bagi kad pelawat untuk letakkan di dashboard kereta. Kalau nak  sewa basikal pon boleh, tapi kat kaunter satu lagi.
Cantik fasiliti kat sini, semuanya dari kayu kayan bermutu tinggi. Belakang tu dewan tak silapnya. 
Haa.. Tengok tiang ni, unikkan? So kalau datang sini tolong jaga kelakuan ok. Jangan nak vandalism  sesuka hati. 
Memandangkan kami estimate sampai di sini dalam waktu makan, so memang dah siap2 tapau nasi bungkus dari kedai tepi jalan. Kalau nak makan kat sini pun ada je kedai makan. Cumanya sebab kami baru nak explore tempat ni, so beli siap2 lah supaya tak kelaparan. Harga makanan kat sini tak diketahui sebab tak singgah pun kat restoran tu. 

Hubby dah lapar sangat, so kami singgah makan di satu gazebo  di tepi kolam buaya.
Ni permandangan kolam buaya dari gazebo kami. Sunyi je tempat ni. 
Ni kolam buaya. Buaya2 masa ni duk berendam, mungkin sebab cuaca yang terik.
Memasing duk menyorok, tak mahu mesra pengunjung. Mungkin boring bila  diri jadi perhatian kut.
Hubby try pulak panggil buaya keluar, haram dia nak layan.
Akhirnya baca je la signboard ni, nak berkenalan secara langsung macam malu2 boya je buaya2 tu.
Sambil tu jangan lupa ikut peraturan yang ditetapkan, jangan  sangka  buaya  kat  sini tak membaham orang.
Hubby sambung makan jajan pulak. Ni salah satu gazebo yang ada di sini. Ada jugak yang boleh duduk bersila. Ada banyak gazebo untuk pengunjung duduk berteduh bersama keluarga.
Selesai makan, kami teruskan aktiviti menjelajah kawasan PIW ni. Sampai kat menara tinjau, singgah dulu tengok kawasan dari view berbeza. 

Menara ni ada hadnya tau. Baca dulu sebelum naik, tak silap 10  orang dalam satu masa.
Ini view dari atas. banyak kawasan hijau.
Hubby layan blues kejap sambil menikmati tiupan angin yang sepoi2.
Sempatlah mengabadikan kenangan berdua kat sini.
Cuaca masih lagi terik masa ni, tapi ada angin yang bertiup lembut.
Kami tak lah lama sangat meninjau di atas menara ni. Lagi pun banyak lagi tempat lain nak dijejaki. So bergerak turun dan pusing2 mengikut peta kawasan yang diberikan pegawai di kaunter penerangan tadi.
Nak la merasa duduk di jeti, malangnya jalan ke jeti ditutup. Mungkin ada penyelenggaraan yang sedang dijalankan, so pusing2 tengok chalet2 pulak. Cantik juga chalet kat sini, ikut perkiraan bolehlah kalau dua family duduk serumah. Besar dan kawasannya pun luas. Harga sebuah chalet semalam kalau tak silap adalah RM120. Kira oklah kan? Kalau nak tidur kat sini better dua tiga family sekali baru seronok, sebab siang pun sunyi apatah lagi malam. Kalau buat family day pon kire sesuai jugak tempat ni.









Sambung lagi perjalanan ke kolam badak air pulak. Kat sini pun sama je suasananya macam di kolam buaya.  Badak air bukan main sombong lagi nak menonjolkan diri. Ada tak ada nampak punggung dia je yang timbul.

Kesan tapak kaki badak. Besar, kan? Busuk sikit kawasan ni. Bau macam di kandang kerbau.
Hah, tu dia punggung badak ju yang nampak.
Close up sikit. Tu dia.. Mula2 ingat kepala dia, sekali dia angkat kepala rupanya punggung dia yang timbul tu.
Ada tak ada biawak ni je la yang sibuk nak interframe.
Hubby bergaya dengan cap baru dia. Elok jugak singgah di pekan Dengkil beli topi,  cuaca sangatlah terik.
Hah, baca ni jugak. Badak air boleh membunuh tau!
* Abaikan model signboard tuh.
Ni tempat pendaftaran chalet. Kalau nak stay semalam dua boleh daftar masuk di sini ye.
Permandangan bahagian belakang bangunan pendaftaran.
Ok, dah boleh balik. PIW dah dijelajah oleh kami berdua. Hope tempat ni akan kekal cantik seperti mana sekarang. Kalau korang datang sini, tolong jangan buat sebarang aktiviti vandalism sebab semua kemudahan di sini dibuat dengan penuh kesenian dan semuanya menggunakan duit yang bukan sedikit. So behave yourself ok!

Tamatlah penjelajahan kami di PIW. Sebelum balik, singgah solat kat surau di sini. So cool dapat merasa  ketenangan di tempat seperti ini. Next entry, kami ke Bukit Jugra melihat mereka yang sungguh berani melakukan paragliding. 

UPDATE:

Pelan PIW sebagai rujukan korang. Baru jumpa kat tepi pintu kereta semalam.



Continue Reading