Click Here!

Memilih.. Nak Yang Mahal Jer

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, July 31, 2013


    Lately susah sangat nak suruh Labu makan. Dia macam dah boring dengan makanan yang kami bagi. So petang tadi pergi pet shop belikan trial pek blackwood dengan royal canin. Nampaknya Labu cuma nak makan dari brand royal canin jer. Amboi... Pandai betul memilih eh. Nak makan yang mahal jer si Labu ni,kan?      

Bagi Labu try Blackwood dan Royal Canin...

      

    Memang tak dinafikan brand ni harganya agak mahal sikit tapi kalau Labu nak makan, saya sanggup belikan. Sayang punya pasal kan? Dah macam anak sendiri pulak. Mungkin juga kena bagi campur2 dengan brand lain supaya dia tak boring sangat nanti.   Apa-apa pun harapnya cukuplah makanan dia sepanjang kami cuti raya nanti. So far kucing yang datang curi makanan pun tak banyak macam dulu. Awek si Labu jer sekor, tu pun dah tentulah si Labu yang mengajaknya. Nak ayat awek la katakan...  

   Masa nak beli makanan Labu tu, ada sorang abang bagi tips makanan kat hubby. Dia pun ada bela kucing juga. So, dia nasihatkan campur makanan kering dengan basah supaya rasanya lebih kuat. So malam ni try campurkan blackwood + seafood cocktail. Alhamdulillah... Nampaknya selera sekali Labu makan. Habis semangkuk. Seronok bila tengok Labu kembali berselera nak makan. Yelah kan... kalau kat rumah dia tak nak makan, kat mana lagi dia dapatkan makanan. Jangan dia buat kerja selongkar tong sampah jiran sudah.      


     


Continue Reading

DIY Tukar Paip Sinki Tersumbat

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, July 29, 2013

Salam Isnin, 20 ramadhan...
  
    Hari ni nak share sikit DIY untuk tukar saluran sinki yang tersumbat. Well perkara ni memang biasa terjadikan? Kita orang Melayu memang suka makan makanan bergoreng dan lemak2 ni. So sebab tu la sinki cepat je tersumbat dengan lemak tepu. Biasanya bila hal ni terjadi, sinki akan bertakung dengan air. Nak membasuh atau masak memang tak de mood la masa tu. So, jalan penyelesaiannya adalah dengan korek dan bersihkan perangkap sampah kat bahagian bawah sinki. Ok, tu senang je kalau ada perangkap sampah. Tapi macam kes kami ni lain sket.

    Masa renovate buat kabinet dapur dulu memang tak terlintas langsung nak check bahagian bawah sinki, sebab dok excited sangat dapat kabinetkan... Bila dah ada masalah, baru sedar yang saluran sinki tu tak de access keluar untuk perangkap sampah. Dalam kata lain  sampah memang bertakung tapi kalau dah penuh, kena potong atau tebuk saluran untuk sampah tu keluar. Apa punya kerja la,kan?

Cer tengok kerjanya, dah la trap ke main tinggi macam mana sampah nak keluar?
   So Sabtu lepas cubalah cari plumber. Tapi tau2 je lah bila kita nak pakai urgent mesti semua plumber ade hal. Kalau ada pulak, bagi harga macam tak munasabah. Hubby cakap dia boleh tolong potong saluran tu kalau saya nak, tapi kena fikirkan dulu cara nak pasang balik. So setelah puas fikir akhirnya saya ajak hubby ke hardware berdekatan. Sebelum tu snap dua tiga keping gambar saluran sinki supaya orang hardware tu faham situasi sebenar. 

  Setelah diteliti, amoi kat hardware tu cadangkan kami guna saluran baru. Memang kena potong keseluruhan saluran tu dengan lubang sinki tu sekali. Memandangkan lubang sinki tu pun dah bocor sebab getahnya dah keras, so kami tukar satu set betul supaya sennag kerja. Modal cuma RM15 je berbanding kalau nak guna servis plumber yang boleh kata 5kali ganda cajnya. Tapi sebab tukar sekali kepala bahagian lubang sinki tu, kenalah semuanya RM28.

   Saluran tu tak pasti pulak diperbuat dari bahan apa, tapi lebih kurang la dari aluminium dan ianya boleh adjust mengikut kesesuaian keadaan. Nampak tak ketak2 kat saluran tu? Haa.. Tu la fungsi ketak2 tu. Bahagian biru tu transparent, so boleh tengok kelancaran saluran melaui tiup tu. Agak2 dah kotor, boleh cabut bahagian yang bersambung dengan saluran besar kat dinding tu dan cuci dengan melalukan air ke dalam saluran tu saja. Tak payah dah susah2 nak pakai asid soda batu tu. Habis tangan rosak tau pakai asid tu!

Tada! Bersinar lagi gitu... 

   Hah, tengok ni saluran dah baru. Lepas ni harap tak ada masalah lagi. Korang boleh cuba tukar saluran macam ni yang lebih flexible dan memudahkan kerja pembersihan. *Abaikan baldi dan kain buruk hasil aktiviti korek-mengorek lemak tepu.* Masa lebih jimat, poket pun selamat dan yang penting... mood memasak tak kelaut dengan masalah remeh -temeh. Selamat mencuba!
Continue Reading

Organizer Bag - Lebih Tersusun & Kemas

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, July 27, 2013



      Dah lama nak beli organizer bag ni sebenarnya. Tapi baru semalam tergerak hati nak beli. Sebab apa tau? Sebab ada orang nak belanja. Cantiknyer...la kan? Kaler pink gitu... ♥(^_^)♥

     So balik dari office terus gerak dengan hubby ke Mr DIY yang baru bukak kat Tesco Mutiara Damansara tu. Hubby plan nak beli face mask untuk motor dengan cd organizer kat dalam kereta tu je sebenarnya. Tapi macam la tak biasa kan... Kalau dah namanya shopping, konon nak cuci mata jer, sudahnya tercuci jugak la poket sekali kekdahnya. Benda yang nak beli tak beli pun, yang tak de dalam list pulak penuh dalam troli. So pilih2, masuk sekali la bag organizer ni dalam troli.
   Senang sket kalau ada ni sebab tak de la barang sepah2 dalam handbag tu. Bila time nak guna puas nak mencari. Nak pulak cam handphone,kan... Tetiba ade org call puas nak selongkar beg sebab macam2 ada dalam beg tu. Kadang terlindung kat bawah2 sudahnya miss call. Heh. Memang takde la nak call semula. Tunggu je. Kalau penting mesti orang tu call balik,kan? Kalau tak call tu maknanya sesajer je la nak sembang. *Hehe.. Giler kedekut kredit,kan?

    Satu lagi, kalau time nak gi memana nak2 pulak kalau nak cepat tu... Selalu susah sangat nak jumpa lipstik, sebab dah pakai main campak jer dalam beg tu. Nanti bila nak guna balik, mulalah meroyan mencari. Habis ditelangkup semua isi beg semata2 nak cari lipstik sebatang. So harap lepas ni senang la saya nak cari barang dalam handbag. Nak tukar2 handbag pun jimat sket masa. Tarik keluar jer organizer bag tu dan masukkan dalam handbag yang nak pakai. Tak yah nak terkobek2 semua poket semata-mata risau ada barang yang tertinggal.  Macam kunci office, penting tu... Buatnya tertinggal, dahsatu hal pulak nak patah balik ke rumah. Leceh. So harap beg lebih tersusun. Tak mau dah sepah2, campak2 sesuka hati. ♥♡♥
                           
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Selsema Punya Hal

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, July 23, 2013


  Hari ni memang hazab sungguh. Dah la cuti raya tak lulus, boleh pulak buat drama paling sedih. Bukan menangis sebab tak dapat cuti, tapi sebab selsema yang teruk sangat.
   Perasan tak muka tu sebelah dah bengkak. Apa taknya.. Dari pagi tadi asyik bersin tak berenti, airmata asyik meleleh je. Lepas tu air hidung macam empangan pecah. Habis sekotak tisu kat office ni dok guna untuk mengesat air hidung dan airmata. Heh!
   Bos boleh buat lawak pulak tengok muka kita. Konon kita ni drama queen sangat sebab cuti panjang tak lulus. Sorry sikit eh.. Memang la sedih plan cuti raya kena batalkan. Tapi tak kuase nak buat drama2 nih.  Ade aku kesah?

*Mood kelaut bila tau cuti lulus sampai 13hb jer. Waa!!
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Nyamuk

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, July 22, 2013

   Demam tak berkesudahan dari minggu lepas lagi. Sekejap ok sekejap ko. Risau jugak dengan wabak denggi yang semakin menjadi2 di Selangor ni. Rumah kami pun semenjak dua ni terlalu banyak nyamuk. Walau dah sembur dengan Ridsect dan pasang ubat nyamuk, tapi masih bersilat lagi menampar dan memukul nyamuk yang tergiang2 nak menghisap darah. Kadang2 tu naik hangin pun ade. Apa nyamuk2 ni macam dah lali dan kebal dengan ubat nyamuk. Dah tak nampak kesan langsung.

    Sabtu lepas masa buka puasa siap membakar lagi kat laman  belakang supaya nyamuk kurang sikit bila malam. Tapi tah... Nyamuk2 kat sini tetap ada jugak. Bukan kami je berungut, jiran depan pun sama juga. Lagi la ada anak kecik. Harus akak tu tak tidur sebab nak menjaga dari anaknya digigit nyamuk. Kasih ibu kan?

    Apa pun harap pihak2 yang berkenaan tolonglah datang selenggara kawasan ni sikit. Pemilik rumah sewa silalah dtg jenguk sikit harta awak tu. Ni tak.. Dengan semak dengan lalang setinggi dada, tin/ botol kosong pulak bersepah2 tak terurus. Nanti kalau kami report ke jabatan kesihatan, awak kena denda marah pulak. Tapi tolonglah bersihkan sikit kawasan rumah tu. Takkan nak biar je jadi tempat pembiakan nyamuk kut. Teruklah kami kalau macam ni.

Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Muraya Pokok Pagar Yang Wangi

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, July 21, 2013

       Kalau beli rumah, perkara utama kita fikirkan adalah pagarnya. Betul tak? Selain dari keselamatan, pagar membantu mencantikkan lagi rumah kita. Ada bermacam jenis pagar untuk dipilih bergantung kepada bajet kita. Ada sesetengah orang sukakan pagar batu, ada juga yang minat pada pagar kayu ala kampung. Tak kurang juga yang memilih kombinasi keduanya. Bagi saya apa jenis pagar pun asalkan ianya selamat dan menepati bajet di poket, pasti ada yang berkenan.

    Rumah saya adalah rumah jenis lot tepi. Jadi memang memerlukan pagar supaya keselamatan serta privasi penghuni dan harta benda lebih terjamin. Namun saya tidak berminat membina pagar batu yang pastinya menghalang saya berhubung dengan jiran tetangga. Saya lebih menggemari pagar jenis semulajadi iaitu dari pokok2 yang ditanam sebaris dan rapat2. Semasa dalam proses perancangan dulu lagi kami telah sepakat untuk menanam Pokok Muraya sebagai tanaman pagaran. Selain daunnya yang tumbuh rapat, ia juga mengeluarkan bunga yang sangat wangi. Baunya lembut pabila ditiup angin akan membuatkan kita seperti berada di spa. Terasa sungguh tenang bila sesekali angin bertiup sambil kita duduk2 berbuai di laman. Bukankah ianya juga merupakan terapi stress?



      Pada peringkat awal saya tidak nafikan bahawa kosnya agak besar bagi orang yang berbajet rendah seperti kami, tetapi setelah ditimbal balik ianya tidaklah mencapai kos membina pagar kayu atau bayu. Ini kerana harga pokok yang tingginya separas pinggang boleh mencapai sehingga rm30 sepokok namun atas dorongan dan keyakinan dari suami, kami sama2 bergandingan menanam dan menjaganya sehingga besar dan kini pokok2 tersebut telah membesar melebihi ketinggian kami. Untuk mengurangkan kos, kami menyusunnya berselang seli dengan pokok pagaran yang lain. Kami juga menjalankan kerja2 penanaman sendiri tanpa mengupah pekerja.


     Tatkala bunganya mekar dan mewangikan taman, hilang terus segala kejerihan semasa mula2 menanamnya. Alhamdulillah... Berbaloi dengan usaha.
Continue Reading

Soping Raya?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, July 18, 2013

         Korang dah start shopping ke? Kami baru tengok2 je. Suasana berbelanja belum sangat meriah lagi. Lagu raya pun sayup2 je.

         Balik rumah mertua baru ni saja la jalan2 ke bandar pusat Jengka. Dengar cerita dari kak ipar Jengka dah maju sangat. Macam2 dah ada... Tu yang semangat nak pi tengok tu. Kalau dulu macam pekan koboi je, sekarang meriah dengan kedai2 menjual pelbagai keperluan. Student UiTM pun dah tak payah ke Temerloh semata-mata nak berbelanja katanya. Memang mantap betul pembangunan kat situ. Stesen bas yang besar pun sudah dibina dengan rekabentuk yang moden. Terima kasih untuk kerajaan yang menaikan taraf bandar Jengka ni.

           Lepas round2 tengok kawasan macam datuk bandar, kami singgah kedai baju. Survey harga baju raya. Tak beli baju selai pun. Hubby je beli songkok kat situ sebab murah. Tak silap dalam rm10 jer.

 Pakai songkok terus berseri2, dah macam ustaz pilihan ulak

         Lepas tu singgah kedai kasut Verns kat sebelah. Kat situ pun cuma belikan sepasang kasut sarung untuk umi saja. Harganya memang murah la. Tengok kualiti pun boleh tahan jugak. Umi nak kasut bertutup penuh katanya. Jadi saya belikan lah dengan tapak yang ada grip, jadi boleh la jalan tanpa risau umi jatuh sebab jalan licin.







Continue Reading

Hujan

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

Pagi ni hujan renyai2 bawa dari tengah malam tadi. So hubby pi kerja terpaksalah pakai baju hujan yang tak berapa menangkis air tu. Tah mana tang bocornya pun tak tau. Siannye, kalau la saya pandai bawak motor dah switch dah ngan hubby. Biar dia naik kereta, saya naik motor. Tapi nak wat camne... Rdha aje lah. Moga2 Allah selamatkan perjalanannya pergi dan pulang mencari rezeki. Ameen...

Continue Reading

Wordless Wednesday

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, July 17, 2013


Tanam uri...
Continue Reading

Hidup & Mati Kebun Sekangkang Kera

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, July 16, 2013




          Kebun sekangkang kera kami dah nampak anak2 ulam raja mula naik. Harap2 dapatlah merasa gulai lemak ulam raja dalam masa sebulan dua dari sekarang. Serai juga dah keluar daun baru. Tapi pertumbuhannya macam lambat sikit. Mungkin sebab tanahnya kurang sesuai kut.

         Dalam hati nak tanam macam2 tanaman seperti dulu. Tapi memandangkan ulat dan bena putih bermaharajalela, maka kena tangguhkan dulu. Abah saya pesan supaya dibuatkan dulu kawasannya, biar bertutup sikit supaya senang mengawal serangan serangga nanti. Tanah pun perlu ditukar dulu agar pokok yang tumbuh lebih sihat.



        Bila lihat anak limau purut saya ni, memang saya kena buat sesuatu. Ulat bermaharajalela sampai daunnya yang lebat hari tu habis togel. Memang geram sangat!! Hari minggu ni nak cuba buatkan jaring sangkar agar ulat tak boleh makan daunnya lagi.
Continue Reading

Nasi Minyak + Ayam Masak Merah Tambat Suami

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, July 15, 2013

        Huh... Tajuk tak boleh blah. Macam yoyo oo jer. Bunyinya macam masuk bakul angkat sendiri jer,kan?





         Ini kali pertama saya buat nasi minyak sebenarnya. Huhu~

         Sepanjang hayat inilah baru nak mencuba buat nasi minyak. Tu pun sebab hubby teringin sangat nak makan berbuka puasa semalam. Gagahkan juga buat nasi minyak walaupun takut tak menjadi. Bukan apa, saya macam fobia masak nasi yang macam2 ni. Dulu pernah cuba2 buat nasi carrot, tapi nasi jadi lembek dan langsung buat saya down. Sehingga itu la saya memang tak masak sangat nasi2 yang pelbagai ni. Takut jadi bahan ketawa orang je. Kalau masak lauk pauk kira boleh tahan lagi. Nasi biasanya mak saya yang masak.

        Tapi semalam buat pertama kalinya saya masak nasi minyak dan ianya menjadi. Sedap dan habis seperiuk. Yay!! Hubby puji melambung sebab saya dah pandai buat nasi minyak. Ada hati la dia nak suruh masak selalu lepas ni.

        Resepi nasi minyak dan ayam masak merah saya memang ikut sebijik dari blog hartini2502.blogspot.com, cuma ayam masak merah tu tak letak tomato je. Alhamdulillah... Naseb la menjadi jugak. Kalau tak harus la malu nak angkat muka kat mak mertua ngan adik2 ipar. Haha!

      Bonus lagi... Puding koktel buah-buahan permintaan adik ipar yang saya buat semalam pun menjadi jugak. Happy! Happy! Double happy sebab dapat belajar something. Biasanya kalau puding2 cam ni kak chik saya je yang buat. Saya tolong perabihkan. Nampak cam susah je nak buat. Tapi dah semalam dia tak de, kena la saya buatkan. Haha.. puding pon masak sambil tengok resepi internet. Ceduk resepi puding ni dari rohaisha.blogspot.com. So inilah hasilnya...



         Saya buatkan dalam mangkuk besar je sebab tak de mangkuk kecik. So masa makan ceduk sikit2 dlm cawan, tambahkan koktail buah dan tuang kuah dia. Opss.. Saya ada modified sikit resepi ni. Kurangkan gula dan tambah dengan taburan kacang shantung, biar ada tekstur crunhcy. Sedap weh!! Cubalah kalau tak percaya... ♥♡♥





Continue Reading

Labu Kesayangan Kami

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Sunday, July 14, 2013

   Ini Labu. Kesayangan kami di rumah. Tak de dia, rasa sunyi je rumah. Keletahnya buat kami gembira dan dia ni memang manja sangat. Know what? Kalau dia nak makan, dia hanya minta kat saya. Even papa ada jer berjaga sampai tengah malam mengadap lappy, tp dia tetap mengiau tepi telinga saya.



Continue Reading

Di Mana Tahap Keselamatan Yang Diamalkan oleh Pemaju?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil


         
Khamis lepas masa on the way balik rumah, nampak lori ni yang sarat bawa kampit simen. Kereta saya betul2 di belakangnya. Pada mulanya nampak macam biasa jer, tapi baru perasan kampit simen tu tidak diikat kemas. Walaupun ada tali, tapi sekiranya kampit simen tu menggelongsor ke belakang, bukankah ianya akan jatuh juga?

         Mengapa perkara seperti ini boleh terjadi? Di manakah dicampakkan langkah2 keselamatan yang sepatutnya diamalkan demi keselamatan semua pengguna jalanraya? Apakah tiada pemantauan dijalankan menyebabkan sewenang-wenangnya mereka boleh berbuat sesuka hati?

         Apapun persoalahnya, kita berhak untuk bersuara agar tiada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Fikirkan soal keselamatan dan risikonya ke atas kita. Fikirkan bagaimana jika beg2 simen tersebut terjatuh ke atas kenderaan kita. Paling tidak pun, jika ianya jatuh ke atas jalan, pasti akan mengotorkan jalan tersebut. Sebelum terjadi perkara2 buruk, diharapkan pihak2 yang sepatutnya menjalankan tugas dengan lebih efisyen.
posted from Bloggeroid
Continue Reading

Tips Kurus!!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, July 13, 2013

        Korang nak kurus tak? Saya pun nak kurus jugak, tapi macam susah je bila hormon dah tak stabil ni. Diet macam tak berkesan je. Ke saya yang buat dengan salah? Adeh...

        Bulan pose ni harap sangat dapat membantu sikit sebanyak memecahkan lemak2 yang ade ni. Tapi kena tambahan pasal makanan atau aktiviti supaya proses lebih cepat. Google2 tadi boleh pulak jumpa tips ni. Agak menarik jugak!



        Ha... Minum ni, jus campuran lobak merah dan timun. Nak tambah rasa sikit perahkan limau nipis. Boleh try ni. Bajet pun xde la besar sangat, cuma kena rajin je. Rajin ke? Hiks... Oh lemak ! Kenapa kau singgah di perutku...




             Tips no. 2 pulak, untuk korang praktikan sebelum tido. Tu pun rasanya malam minggu jer kut yang rajin sikit. Kalau buat hari bekerja, harus ade yang lambat ke ofis. Tak pun ade yang pergi ofis dengan perut penuh kapur. Ha.. Haru pulak nanti jadinya.

             Ok, tips yang ke 3 ni memang palang extreem. Kalau dah macam2 usaha dibuat tapi tetap tak menjadi jugak... Silakan ambil tempat masing2. Baring, tahan nafas, yang penting tarik masuk perut tu dan...















                                                GELEK SAJA DENGAN STEAMROLL !!!

             Pendek kata, buat aje lah apa2 pun asalkan tak memudaratkan. Jom la mulakan dari sekarang. Tepuk perut laju2 depan cermin takkan dapat mencairkan lemak.
posted from Bloggeroid,
Continue Reading

Tips Pokok Berbunga / Berbuah

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, July 12, 2013

    Cerianya cuaca pagi ni.... Alhamdulillah, kan ? Tadi sebelum ke pejabat, macam biasa saya akan siram pokok dulu. Dah jadi satu rutin tiap2 pagi pun. Seronok kalau tengok pokok2 yang kita tanam ni membesar dan memberi hasil. Apa tips untuk buat pokok cepat membesar, berbunga dan berbuah? Teruskan membaca...
      
      Masa menyiram tu biasanya saya mesti akan cakap2 dengan pokok2 tu biar dia cepat besar. Memang la pokok2 tu tak balas balik apa yang kita cakap, tapi ia faham kut. Teringat kisah arwah aki saya dengan pokok rambutan. Alkisahnya, dah bertahun2 pokok tu membesar, tapi tak jugak berbuah. Jiran sebelah rumah dah dua tiga kali merasa hasil. Mula2 tu aki saya fikirkan mungkin pokoknya belum matang. Tapi dah lama sangat, hilang jugak sabarnya. Last2 dia gantung selipar buruk kat hujung ranting dan marah2 pokok tu.
  " Ha.. Cantikkan? Pokok lain berbuahkan buah. Merah2 je kaler buah. Ko berbuahkan selipar buruk. Macam2 kaler ada. Aku tanam ko, baja ko supaya bila besar ko bagi aku merasa buah ko. Tapi ko tak nak berbuah. Kalau tahun depan pun ko tak bagi hasil, aku tebang ko!" 

      Lebih kurang cam tu la ayat aki saya tu. Kami dok gelak je tengok. Masa tu rasa macam klakar sangat cakap dengan pokok. Tapi kuasa Allah kan... Memang tahun depannya pokok tu berbuah selebat2nya. Tak jadi la kena tebang dek aki saya. Wallahu alam samada memang pokok tu takut kena tebang atau memang dah sampai masa ia berbuah. Apa pun semua ni atas kehendak Allah. Saya percaya setiap yang hidup tu ada rohnya. Jadi tak salah kalu dipraktikan cuma jangan la terlalu percaya. Bimbang pula  rosak akidah kita.

    Ok, cukuplah. Nak kongsi pulak lagi satu tips ni, rasanya saya pernah kongsikan dulu tapi mungkin tak berapa jelas. Jadi kepada readers yang email saya tanya tentang enzim pokok tu, saya buatkan soal jawab khas untuk menjawab soalan2 kamu ye.

S: Berapa lama nak peram nasi tu baru jadi enzim?
J: Bergantung kepada beras yang kamu guna. Ada sesetengah beras cepat basi tapi ada sesetengah beras boleh tahan lama.

S: Nasi boleh guna apa2 jenis pun ker?
J: Boleh guna apa2 jenis nasi asalkan nasi putih dan tidak berminyak. Nasi beras merah orang T'ganu buat nasi dagang tu tak boleh la...

S: Ada beza ke?
J: Secara logiknya, beras merah dikukus dgn santan untuk jadikannya nasi dagang. So, dah bukan nasi biasa sebab bercampur dgn bahan yang mempunyai sifat berminyak iaitu santan. Nasi lemak pun tak boleh sebab ada santan walaupun warnanya putih.Hihi...

S: Bagaimana tekstur nasi tu sebelum boleh jadi enzim?
J: Nasi basi yang telah berubah ke proses penapaian. Teksturnya agak lembik dan mungkin ada air masam yang keluar. Mungkin juga terdapatnya ulat2 yang bertindak sebagai agen pengurai.

S: Mesti kena tanam ke nasi basi tu?
J: Letak je kat pangkal pokok tu pun boleh, tapi kalau lalat mai datang buat kenduri kat situ saya tak tanggung.  ; )

S: Boleh bagi contoh gambaran tak?
J: Sila tengok gambar kat bawah ye...



Contoh pokok yang berbunga dan berbuah selepas 2 minggu - 6 minggu diberikan enzim.




So, selamat mencuba!! 
Continue Reading

Pernah tak rasa kesian?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, July 11, 2013

general worker
Gelagat manusia
       Pernah tak korang terjumpa situasi seperti gambar kat atas masa stuck dalam jemm. Tak kira lah masa pergi atau balik office. Lepas tu dalam keadaan hujan. Pernah tak?

       Seriously saya rasa kesian kat pekerja 2 orang tu. Kenapa driver lori tak bagi diorang duduk depan, sedangkan masa pintas lori tu, ade je seat kosong. Kalau hari biasa tak pe la... Tapi pagi tadi hujan lebat ok... Kesiankan ? WaIaupun pekerja bawahan jer, patut ada la sikit sifat perikemanusiaan.
Continue Reading

Salam Ramadhan 2013

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, July 10, 2013

Gambar dr google


Salam Ramadhan buat korang semua... 
Harap kalau ada salah silap dan terlanjur bicara, korang maafkan ye. Kasihanilah diriku  yang lemah ini. Tak mo la di sana nanti hisab saya tertunda dek kesalahan yang tak terampunkan. Huhu~

Ok, dah setengah hari pun kita puasa...kan? So, macam mana ? Dah ada yang pi curik2 makan atau minum kat dapur? Hehe.. Tak mo ulang kisah kanak2 ok. Dulu tak pe la, kecik lagi. Now kalau nak buat perangai tak senonoh tu kena rasa malu sikit sebab anak2 sekarang lagi semangat dan berlumba2 nak puasa penuh. Kecualilah kalau korang uzur kan? Dimaafkan lah... Tapi awas ye. Jangan pulak angkat pinggan ngan cawan duduk makan depan tv. Adeh... Respek la sikit pada orang lain. Malu la...

So, selamat menjalani ibadah puasa dengan sabar ye. Puasa kali ni saya punya azam tak mahu beli kat bazar ramadhan kecuali hari cuti. Haha.. Boleh tak azam cam tu? Saya cabar diri supaya jadi isteri yang rajin memasak untuk suami. Hari2 bekerja mesti balik masak. No more makan luar or beli tapau. Hari cuti tak pe, tu pun kalau ade keluar ke mana2 la... Hiks!




Continue Reading

: )

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, July 8, 2013

Alhamdulillah....



Continue Reading

Cornflakes Bar

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, July 6, 2013

        Tetiba sekarang mood saya boleh swing jadi rajin pulak nak membaking snek ni. Pagi tadi sebelum ke pasar sempat lagi buat cornflakes bar. Kali ni tukar bahan sikit. Masukkan cornflakes, bertih beras, kuaci dan bijan jer. Badam kita tak masukkan. So ada variasi rasa untuk dijadikan snek ketika terperangkap dlm jemm di bulan puasa nanti.


Update

Untuk yang berminat buat sendiri biskut raya anda, boleh cuba di link Biskut Raya Sedap.

Continue Reading

Gathering Lorong Purnama

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, July 5, 2013

Tinggal di kejiranan Melayu ini la yang bestnya... Walau sibuk sekali pun, tetap ada masa untuk buat makan2 macam ni. Tak kiralah waktu apa pun, pasti meriah bila sesekali duduk makan sama2. 

Makan2 kali ini diaturkan sepenuhnya oleh orang lelaki, 
kami yang isteri2 ni duduk je makan sambil order je apa nak. Dari air sampai makanan semua diorang yang buatkan. Best betul kalau sesekali dilayan macam permaisuri ni. Biasanya kita jer yang layan diorang. So, sempena hari ibu hari tu kononnya kaum2 suami telah sepakat membuat acara makan2. Mesyuarat telah diadakan dan kata sepakat telah pun dicapai. Mana lagi kalau bukan kat port diorang melepak tu.. Port bawah pokok mangga jiran depan rumah kami.



Menu malam tu adalah bbq. Tapi dah namanya makan2, harus la ada yang bawak mee hoon goreng, kek, biskut, agar2 dan jajan. Nugget sosej dah tentu jadi bahan sampingan. 





Kami isteri2 duduk je dilayan. Memang best...
Dan inilah hasilnya. Pinggan isteri masing2 yang kekenyangan. 



Jam 11.30 malam baru lah kemas2 apa yang patut dan balik ke rumah masing2. Esoknya hari Sabtu dah pasti cuti dan boleh la rehatkan diri.

Continue Reading

Crunchy Bites!! Sedap...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

Hallo.. Salam Jumaat kawan2.. 
Eh.. Assalamualaikum ...  Hari ni semangat sangat nak bercerita, sampai tak nyempat2 nak bagi salam dulu.
Seronok sangat tu bukan sebab apa.. Sebab berjaya buat Crunchy Bites. Buang tebiat kan pepagi buta buat biskut. Eh.. Crunchy Bites ni dalam kategori biskut ke? 

Crunchy Bites yang dah siap. 
Petang semalam lepas office hour, ajak hubby pi beli bahan2nya kat Klang. Dah survey dari minggu lepas lagi biskut ni. Nak beli memang harganya tak nak mengalah. Jadi nak puaskan hati, baiklah cuba buat sendiri. Resepinya saya dapat dari blog Masam Manis. Agak ringkas, cuma harga bahannya boleh tahan jugak la. 
Paling mahal dah tentulah tepungnya. Semalam masa call bakery tu, dah siap2 tanya stok dan harga setiap satu. Tapi bila sampai sana, tepung pulak habis. Nak buat camne kan? So, tokey kedai tu suggest satu jenis tepung lagi, Bee-Sting Mix. Katanya sama jer. Cuma yang tuh nama Florentine. So, terus angkat 2 peket. 
* Huh! Tamakkan? Buat tak tentu lagi jadi ke tak... Tapi membeli macam nak buat jualan jer. Hehe... 

Masa call tu survey jugak la harga untuk tepung, badam hiris dan kuaci. Konon2 tu jer le bahan yang perlunya. Tapi bila masuk je kedai tu, tetiba list tadi melayang dari memori. Apa nampak semua nak angkut masuk dalam bakul. Senyum ke telinga je tokey kedai tengok bakul kita. 
*Orang yg first time masuk kedai bakery memang teruja macam ni eh? Ke saya sorang je perangai pelik...?

Tepung Bee-sting mix. 
So, sumbat2 semua dalam bakul terus jalan tegak je ke kaunter. Tak mo toleh kiri kanan dah. Nanti banyak lagi yang masuk dalam bakul. Hasil borong seperti gambar bawah ni...

Tepung, badam hiris, kuaci sunflower, bertih beras dan bijan hitam. 

***  Pagi tadi ***

Lepas buatkan breakfast hubby, terus je keluarkan oven. Siap2 panaskan oven dan bakar badam dan kuaci dalam 3 minit. Lepas tu, sejukkan sekejap sebelum campur dengan tepung bersama bijan hitam, bertih beras dan flexseed. Apa ada hal.. Kita bikin sendiri, masuk jer apa rasa nak masuk. Cornflakes pun kalau ade nak masukkan jugak ni. Biar rangup je masa makan. Gaul rata semua bahan dan tekan dalam loyang kasi dia rata. Nanti bila dah bakar tak de le setengah bahagian nipis, setengah bahagian tebal. Kan??

Senang je cara buatnya kan?
Saya agihkan jadi 2 loyang sebab tak nak biskut ni tebal sangat. Setiap loyang bakar dengan suhu 160c 5-8 minit. Masa bakar loyang yang kedua, saya tambah jadi 10 minit sebab loyang tu besar sikit saiznya. 

Dah siap pun.. Boleh la hubby makan balik kerja nanti. Nah, saya tingalkan sebalang
kat rumah. Bakinya bawak pi office.
Resepinya mudah je. Ikut sukatan yang telah diberikan di peket tepung. 

2 bahagian tepung bee-sting mix 
+
1 bahagian bahan2 lain campuran kekacang tu.

Tapi next time saya nak ubah sikit resepinya sebab yang pertama kali ni macam banyak ruang kosong dan agak manis macam bepang. Mungkin boleh cuba skala ni pulak.

2 bahagian tepung + 1 1/2 bahagian campuran kekacang. 

Bertih beras tu rasanya masa tepung melting boleh tambah  lagi atasnya dan tekan2 bagi mampat. 


Continue Reading

Sandwich Toaster Cornell

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, July 4, 2013

     Sabtu lepas cuaca agak baik. Jerebu pun bukan pada tahap berbahaya, jadi kami sepakat nak pi Parkson bagi menebus voucher RM40 yang saya dapat masa parti Acer hari tu.



    Cari punya cari, akhirnya kami decide nak beli sandwich toaster ni. Haha.. Tak kisahlah apa pun, janji dapat tebus kepada sesuatu yang nampak. Ok, hubby tambah lagi RM9 untuk cukupkan harganya. Ada jer toaster kat rumah tu, jarang sangat berpakainya. Tapi entah kenapa pi beli pulak lagi. Padahal banyak jer barang lain boleh pilih kat Parkson tu. Huh! Ini semua pasal perutku yang cramp. Habis spoil mood nak jalan2. So lepas ni, boleh la hari2 bekalkan sandwich untuk hubby.

*Entah2 lepas seminggu dua, sandwich toaster ni check in dlm kabinet je. Hehe.. : )



     
Continue Reading