Click Here!

Aktiviti cuti Hari Wesak

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, May 18, 2011

    Cuti Wesak semalam, tak de ape sangat yang kami buat. Cuma aktiviti mengemas laman dan menanam pokok-pokok bunga je. Mula-mula ingat nak keluar makan angin, tapi memandangkan semak sangat dah laman rustik dengan daun-daun yang gugur, saya ambil keputusan untuk mengemas je. Lepas sarapan pagi, saya yang mula-mula capai penyapu lidi dulu. Kemudian baru le si suami join sekali. Tak sangka pulak dia nak join mengemas pagi-pagi buta tu. Selalunya time cuti, dia lepak dalam rumah je. Dekat-dekat jam 10 baru le dia nak keluar. Sambil-sambil menyapu, dok le merumpai sekali. Banyak dah anak-anak lalang dan rumput yang naik di celah-celah rumput kapet kami. Kalau tak dibuang sekarang bimbang pula makin semak. Kalau dah semak tu faham-faham je ler.. Takut jadi tempat tinggal lipan dan ular pulak nanti.

Gambar sebelum aktiviti mengemas.

Gambar selepas aktiviti mengemas.
     Lepas selesai mengemas laman, teringat pulak kat pokok bunga yang saya beli Isnin lepas. Ingat nak tanam kat dalam palung tepi tingkap, tapi silap pulak beli 4 polibeg jer. Dah... tak cukup padat. tapi layan jelah gambar di bawah ni ye...

Saya buat camni supaya dapat jimatkan penggunaan tanah.
 
Dalam proses menanam kali ni saya gunakan tanah peatgro kerana hasilnya yang memuaskan.








{ 4 komen... read them below or add one }

Admin said...

Salam... wahh rajin ... :) hmm teknik peagro? apa tu ehh?

NM02 said...

cuti wesak....

tido

tido

dan

tido

*__"

Watie Rose said...

cantik laman... :)

Aida Ab Jalil said...

hh, peatgro tu bkn teknik, ianya sejenis medium penanaman atau tanah yang diproses dan mempunyai segala jenis nutrien yg diperlukan pokok.

nm02, tido pun best jugak! asal x kaco org sudah..

watie, cantik? tq. bila lagi nak singgah sini? :)