Click Here!

Seharian memborong di nurseri..

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, May 4, 2011

     Ok, habis citer pasal KL Sempit. Sekarang kite citer pasal laman rumah pulak eh. Lama dah tak upload pasal taman,kan? So, dijadikan criter, hari last cuti hari tu pi ler sarapan kat Mak Ude. Si hubby teringin nak makan nasi dagang. So, pergi le makan kat sana. Saya pulak makan soto ayam.



    Sambil-sambil makan tu layan majalah LAMAN edisi 32. Tengok punye tengok majalah tu, teringat le kat laman kat rumah yang dah makin berserabai tuh. Si hubby ajak le ke nursery di Sg Buloh, gi beli pokok untuk tanam kat area bawah pokok buloh. Nampak kontang sangat katanye. Saya ni mengikut je ler.



   Cantik tak? Tak tahu pun namanya. Sebat jer sebab suka tengok warna daun dia. Kami beli 10 polibeg. RM1 je satu polibeg pokok ni. Hubby kata nanti die membiak, kite cantas sikit untuk tanam tempat lain pulak. Tak perlu beli banyak sebab pokok ni cepat membiak, macam pokok money plant.

   Lepas dapat pokok ingat nak cari tanah dan pasu. Tapi hajat tak kesampaian sebab tak bawak duit yang cukup. Nak gi cucuk pun alang-alang sebab dah separuh jalan ke rumah, so hubby ajak balik je. Tak kose nak patah balik semata beli pasu ngan tanah. So, kitorang beli pasu ngan tanah kat tepi jalan on the way balik rumah je. Ok ler, boleh kata murah jugak ler. Yang hitam tertonggeng dalam but kereta tu RM17, yang leper tu plak RM 5. Beli tanah kompos 2 beg, RM2,50 sebeg. Beli jugak baja tahi ayam, RM 8/4kg sebeg. Beli dua beg sebab satu beg jiran depan rumah kirim. Pastu beli jugak baja 15 untuk rumput. Rumput kat rumah tu dah lama tak berbaja, tu yang dah naik coklat2 tu... Kering je tengok. Sian pulak.



  Dah dapat semuanya, balik dengan senang hati. Duit dah habis dah...

{ 3 komen... read them below or add one }

Watie Rose said...

rajin betul mencantikkan taman rumah, sy teringin gak tp sy dah takder tanak kat laman rumah semua sudah tar...hehe

sumaiyah_nda said...

salam...kat lot mana pokok tu rm 1 satu beg tu....bestnyer...kami pun nak tanam poko renek...setelah pokok besau sumer dah jadi bantut...tak tumbuh elok...hehehehe

Aida Awie said...

linda, boleh cari kat nurseri berdepan dengan Agrobase Sg Buloh.

watie, boleh tanam dalam pasu. hijau jugak laman nnt.