Click Here!

Baru kutahu...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, May 9, 2011

    Salam petang Isnin. Jumaat lepas saya tak kerja. So, tak de entri untuk hari tu. Pasal ape saya tak datang kerja? Sebab malam Khamis tu doktor dah bagi mc kat saya. Sakit yang amat sangat di bahagian bawah perut dekat kawasan pundi kencing. Rasa macam nak kencing, tapi bila masuk bilik air, tak boleh pulak kencing. So, suami saya bawa pergi klinik. Pi klinik swasta la, pasal kalau pi klinik 1 malaysia kat belakang rumah tu pon diorang bukan leh buat ape. Bukannya ada doktor kat situ, pegawai perubatan jer yang ada. Paling-paling tidak pun dia suruh pergi kecemasan kat Sg Buloh. Kat kecemasan pun bukan terus bertindak, semuanya lambat. Doktor kurang, nurse pun kurang. Bertambah sakit nanti.

   Dah sampai klinik, cam biasa doktor check la dan bagi satu injection kasi hilang sakit tu. Lepas tu doktor diagnosis saya ada batu karang. Pulak dah... Banyaknye penyakit saya ni. Bila ditanya tentang pemakanan, saya pun cerita la saya dok makan daun misai kucing sebab nak cut sugar dalam darah. Doktor pun bagi tau yang daun misai kucing tu memang banyak khasiat. Salah satunya boleh buang batu karang. Mungkin selama ni pun saya dah ada batu karang, tapi tak sedar kewujudannya. So, bila dah makan daun tu batu bergerak la ke saluran kencing. Dan sakit yang terhasil mungkin disebabkan saluran yang luka akibat pergerakan batu tu.

Pokok misai kucing


{ 4 komen... read them below or add one }

NM02 said...

awak, jgn marah ye kita nak cakap ni... ai susah la nak baca yu punyer n3 sebab kaler font tu tak terang. habis rapat dah muka ngan pc ni. hehehe... jgn mare...

QASEH MANSYA said...

aku minggu lepas sakit kencing kotor. Seksa. Beli ubt la..tp ada petua lain yg ok. Minum air barli. N byk minum air. Tp derita seminggu 2 x best

suria lekatlekit said...

dugaan.. semoga cepat sembuh.
TERKINI : LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

Aida Ab Jalil said...

NM02, xmarah malah saya berterima kasih sebab sudi bagitau. pendapat pembaca itukan penting... :)

pella, emm sakit sangat. tapi alhamdulillah dah reda. doktor bekal ubat dan pesan minum banyak air tembikai. sekarang hari-hari minum air tembikai kasi dia flush...

lekat lekit gurl,time kasih doakan kite.. :)