Click Here!

Bestnya! Tak lama je lagi...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, May 24, 2011

      Benarlah kata orang tak rugi berbudi dengan tanah. Sekarang saya kena tunggu beberapa minggu je lagi untuk menikmati hasilnya. Lihatlah pokok kacang botor saya yang sedang mengeluarkan hasilnya. Benih pokok kacang botor ni saya ambil dari rumah mak mertua saya di Jengka, Pahang.
Pokok kacang botor
 
Bunga kacang botor

Kacang botor pertama saya !

P/S : Bestnye bila terbayang kacang botor goreng belacan...
Continue Reading

Malam Citrawarna 2011

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, May 23, 2011

    Sabtu lepas, kami bawa ayah, umi dan adik pergi tengok citrawarna kat Dataran Merdeka. Kebetulan diorang dah datang malam Jumaat tu untuk hantar adik ipar saya yang nak mulakan praktikal sebagai Interior Designer di Wangsa Melawati hari ni. So, kami gerak dari rumah lepas makan tengahari. Mula-mula bawa diorang pergi Balai Seni Lukis tengok pameran kat situ. Lepas tu, terus ke Wangsa Melawati tengok kawasan office adik ipar saya. Saja nak tengok keadaan kawasan tu, sambil-sambil search kat mana stesen LRT terdekat. Dah tengok kawasan kerja dia, terus la bergerak ke arah pusat bandar. Masa kami sampai sana, hujan memang tengah mencurah-curah. Tak nak kecewakan ayah mertua, saya ajak diorang masuk jalan-jalan kat dalam Pasar Seni dulu. Cuci mata tengok hasil kraf dalam Pasar Seni dan minum teh tarik panas + makan roti canai kat restoran mamak sambil-sambil tunggu hujan berhenti. Memandangkan kami dah ada kat Pasar Seni, terus pergi surau kat bumbung untuk Maghrib dulu.

   Selesai solat, hujan masih lagi renyai. Kami pakat redah je. Mak mertua saya pakai payung, yang lain pakai baju hujan pakai buang tu je.Dah ramai-ramai cam tu sejuk hujan memang tak terasa pun, berpeluh lagi ade la. So, dah sampai depan bangunan Sultan Samad, cari port terbaik sekali untuk duduk. Akhirnya dapat duduk kat barisan kedua dari atas. Ayah mertua saya dan adik ipar duduk barisan paling atas di belakang kami. Kami tengok sampai jam 11 lebih. Lepas Agong balik, baru kami pun balik. Mula-mula nak tunggu, tengok beberapa acara lagi lepas penutup, tapi kesian pulak tengok mak mertua saya yang nampaknya macam dah mengantuk sangat. Sebelum balik sempat lagi ayah mertua beli durian yang ada dijual kat situ. Lepas keluar dari kawasan Dataran, kami bawa mereka ke KLCC pulak, makan durian kat situ. Selambe jer makan kat kaki lima depan KLCC. Cuma terkilan sikit sebab lampu KLCC dah tutup sebab lepas pukul 12 malam. Seronok ayah mertua saya dapat jalan-jalan KL waktu malam. Kami pun seronok juga bila dapat tunaikan hasrat diorang. Balik tu ayah mertua saya belanja makan mee sup pulak kat Paya Jaras. Masa tu jam dah pukul 1.30 pagi. Saya pun dah tertidur lena kat seat belakang. Sampai rumah jam 2 pagi. Ngantuk betul... Tapi best sangat sebab diorang seronok datang KL kali ni.




   Ni jer la gambar yang sempat shoot. Lain-lain aktiviti yang makan-makan tu tak sempat nak shoot dah. Baik layan makanan lagi best! Hehehe..
Continue Reading

Dah tak larat nak sarap bubur ngan jus nenas...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, May 20, 2011


   Salam pagi Jumaat. Korang dah sarapan ker? Saya sarapan bubur ayam KFC ngan jus nenas je pagi ni. Tak larat sangat dah. Pening betul kepala masa bangkit tido sampai le sekarang. Dari semalam dok telan jus nenas ni, siap bawak 3 tin ke opis. Dah 2 hari tekak rasa tak sedap jer... Tolonglah doakan saya cepat sembuh dari rasa pening ni. Dah tak larat dah... rasa cam nak demam pun ade, nak muntah pun ade. Nak berblog pun tak de mood.





Continue Reading

Aktiviti cuti Hari Wesak

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, May 18, 2011

    Cuti Wesak semalam, tak de ape sangat yang kami buat. Cuma aktiviti mengemas laman dan menanam pokok-pokok bunga je. Mula-mula ingat nak keluar makan angin, tapi memandangkan semak sangat dah laman rustik dengan daun-daun yang gugur, saya ambil keputusan untuk mengemas je. Lepas sarapan pagi, saya yang mula-mula capai penyapu lidi dulu. Kemudian baru le si suami join sekali. Tak sangka pulak dia nak join mengemas pagi-pagi buta tu. Selalunya time cuti, dia lepak dalam rumah je. Dekat-dekat jam 10 baru le dia nak keluar. Sambil-sambil menyapu, dok le merumpai sekali. Banyak dah anak-anak lalang dan rumput yang naik di celah-celah rumput kapet kami. Kalau tak dibuang sekarang bimbang pula makin semak. Kalau dah semak tu faham-faham je ler.. Takut jadi tempat tinggal lipan dan ular pulak nanti.

Gambar sebelum aktiviti mengemas.

Gambar selepas aktiviti mengemas.
     Lepas selesai mengemas laman, teringat pulak kat pokok bunga yang saya beli Isnin lepas. Ingat nak tanam kat dalam palung tepi tingkap, tapi silap pulak beli 4 polibeg jer. Dah... tak cukup padat. tapi layan jelah gambar di bawah ni ye...

Saya buat camni supaya dapat jimatkan penggunaan tanah.
 
Dalam proses menanam kali ni saya gunakan tanah peatgro kerana hasilnya yang memuaskan.








Continue Reading

Idea ringkas untuk taman anda- Welcome sign

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, May 16, 2011


   Ni cara saya xpressikan seni. Mudah dan murah. Saya guna slab terbuang yang dikutip dari nurseri. Kemudian dengan menggunakan cat minyak saya tuliskan perkataan 'Welcome'. Keringkan seketika dan sudah boleh digantung sebagai aksesori taman anda sebagai tanda mengalu-alukan kedatangan tetamu.









Posted by Picasa
Continue Reading

Terbaru di laman saya...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

     Semalam bercadang nak menjenguk nurseri untuk survey harga pum kolam. Tapi, macam biasalah kan, tak dapat yang dicari lain pulak yang dibeli. Hihihi...

    Semalam saya jumpa lampu taman solar. Rasanya murah juga harganya. BEST BUY RM20. Murah tak? Kedai lain saya tanya, semua harga RM68 atau RM70. Saya nak beli 5 biji, tapi suami pesan beli 2 biji je dulu untuk testing. Maklumlah, barang best buy ni kadang-kadang best pada harganya je, tapi kualiti kedaung. So, saya ikut cakap suami, beli 2 biji je dulu. Lepas bayar, singgah pula kat nurseri lain, beli bunga kuning oren. Berkenan betul dengan warnanya. Boleh ler jadi penyeri laman saya nanti, tak le hijau je memanjang. Sesekali ade le jugak warna kuning, oren, merah.. kan?

      Balik rumah memang tengah panas terik sangat. Berdengap dah kepala. Tapi demi nak menguji kualiti lampu tu, saya cucuk je dulu kat laman rumah. Makanya... Malam tadi cun jugak le laman rumah saya. Cuma tau-tau aje le kalau pakai kuasa solar, lampunya tak le terang mana. Kalau banyak mungkin berupaya menerangkan. Tapi kalau setakat 2 biji tu, al maklum je lah.. Ok, tak mo citer panjang la.. Layan je gambar-gambar terbaru laman depan saya.








Continue Reading

Mari kongsi khasiat kemangi!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, May 12, 2011


Pokok kemangi yang saya beli dari MAHA.
   Kenalpokok kemangi? Saya tanam pokok ni sebab suka dengan baunya. Lagi pun kalau masak lemak putih atau sayur air, memang letak pucuknya untuk wangikan masakan. Ala..Lebih kurang cam masak rendang letak daun kunyit ler..

  Asalnya saya beli pokok ni masa MAHA hari tu dan ditanam kat kebun belakang rumah. Sekarang dah keluar anak-anaknya banyak sangat. Pokok ni memang senang hidup sebab biji benihnya yang telah matang (warna coklat) tu ringan. Bila ditiup angin, di mana ia tersebar di situ lah ia tumbuh.

   Cubalah cari khasiat kemangi, pasti terkejut sebab salah satu khasiatnya adalah sebagai alternatif rawatan kemandulan. Tak caya cuba baca artikel di bawah ni..
 
Sumber: http://carahidup.um.ac.id/2009/06/khasiat-daun-kemangi/
   Banyak lagi khasiat pokok kemangi ni kepada kita. Antara lain, dapat mengatasi masalah bau mulut dan bau badan, menghilangkan kembung perut dan banyak lagi. Kat belakang rumah saya ada banyak sangat. Jadi, siapa-siapa yang duduk area Sg. Buloh, Kepong atau Kuala Selangor yang nak biji benih atau anak pokoknya, bolehlah hubungi saya melalui emel aidadewie7311@gmail.com . Insyaallah, semoga kita dapat berkongsi khasiatnya bersama-sama.

P/S: Sorry, kualiti gambar kurang baik.
Continue Reading

Harap Malathion jadi penyelamat!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Hujung minggu lepas, kami pasang sungkupan untuk kebun di belakang. Kesian tengok pokok-pokok tu layu je pasal terik sangat. Kat kawasan belakang rumah tak de pokok besar yang tumbuh untuk teduhkan kawasan, jadi tanah situ jadi sangat kontang. Jadi, sebagai alternatif sementara, kami pasangkan sungkupan atau shading agar pokok-pokok sayur tu tidak terlalu terik.

  Masa tengah pasang shading tu, ternampaklah kulat putih pada daun-daun kacang botor saya. Bila selak-selak lagi, jumpa pulak koloni kerengga. Kesian betul pokok kacang ni. nak dibuang, sayang sebab dah besar, gemuk pulak tu... Dah tumbuh bunga pun. Tak lama lagi boleh la rasa hasilnya. So, balik kerja Selasa lepas, singgah nurseri beli racun Malathion. RM5 jer sebotol. Orang nurseri tu kata, untuk kulat kena rawat dengan racun ni. Semburkan je pada kawasan terkena jangkitan kulat. Sebelum tu kena bancuh dulu racun ni dengan nisbah 1/2 penutup : 1 liter air. Masa sembur racun ni, bau dia macam asap fogging nyamuk tu. Kuat betul. Nasib baik pakai mask. Tu pun takut jugak kalau-kalau keracunan pulak.

    So, pagi tadi sebelum pergi kerja sempat jenguk jap pokok kacang belakang rumah. Alhamdulillah... Dah kurang sket kulat tu. Serangga hitam macam semut yang bertenggek sebelum ni pun tak nampak langsung kelibatnya. Agaknya dah mati la kut... Harap dapat la merasa hasilnya. Jangan jadi cam pokok labu sudah la, dapat makan pucuk jer. Buahnya tak pernahnya dapat merasa... asyik busuk jer.

Ni la kulat putih..
   
Tengok..Dah berbunga, sayangkan kalau tak jaga elok2..
 
Ni pulak koloni kerengga.. Tapi nampaknya dah mati kerengga kat dalam ni..
 
Haa.. Ni ler Malathion. Penyelamat tanaman saya!

Continue Reading

Saya ngidam...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, May 11, 2011

   Tajuk ni kalau mak ngan umi aku baca mesti ingat aku 'berisi', kan? Hahaha.. Tapi memang aku mengidam sangat... Aku ngidam nak makan kuih cincin ngan jeruk kepayang. Mane nak cari hah?

Continue Reading

Lagi-lagi pasal gula...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

  
   Gula naik harga lagi? Sana sini orang dok sibuk cakap pasal hal ni. Tak habis-habis...

   Bagi saya, biarlah. Nak naik 20 sen ke, 30 sen ke.. Saya dah tak kisah. Sebab ada bagusnya jugak kalau gula naik harga. Tak payah beli gula, pakai je gula yang ada kat rumah tu jimat-jimat. Kurang gula, kurang la penyakit...

Sumber dari billyinfo
    Meh kita pakat-pakat tanam stevia pulak,nak? Selain boleh kurangkan risiko kencing manis, boleh hijaukan laman rumah jugak. Yang tak de laman tu, boleh je tanam dalam pasu atau rak tetingkat. Banyak je cara kalau nak buat. Cuma kalau tak nak je 1000 la dalihnya... Kan? Kan? Kan? Ok, bagi yang rajin + nak jaga kesihatan tu, boleh cuba semak info pasal stevia di sini.







Continue Reading

Jom Lepak di Bangku Kosong!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, May 10, 2011

   Entri ni khas untuk blogger yang followernya kurang 500 orang. Macam saya ler, follower baru 56 orang jer.. Sket sangat tuh.. So harap lepas ni ramai lagi yang sudi singgah blog ni dan jadi follower saya.

   Sebelum tu nak ucap terima kasih dulu pada saudara Hasrul Hassan atas segmen yang best ni. So, apa tunggu lagi? Jomla ramai-ramai join segmen ni bersama saya ! Untuk join sila serbu di...



Continue Reading

Cantiknya taman...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Jom tengok lanskap dan taman cantik nak? Ok, sila lihat ke bawah... Kalau tak puas lagi, leh klik sini.





Continue Reading

Pagi-pagi dah melawat tokey pam.

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Entah apa mood hari ni, pagi-pagi lagi dah buat lawatan kehormat kat nurseri. Hahaa.. Ni kes sebab ada setengah jam lagi sebelum masuk waktu office la nih. Hari ni keluar awal sikit dari rumah sebab kena gi farmasi Hosp. Sg Buloh ambil ubat. So, saja la singgah tengok harga pam kolam. Ikutkan hati nak je aku beli. Tapi otak cepat-cepat dok mencongak balance gaji yang ada, seimbang ke tidak sampai akhir bulan. Akhirnya aku sekadar singgah tanya harga je. Tapi ko tunggu la hujung bulan ni. Mesti nak angkat jugak! Dah lama tertangguh-tangguh dari dulu lagi. Nak jugak buat DIY kolam. Tak besar, kecik pon jadi le.. Harga pam kolam untuk 5 kaki tinggi tadi RM118. Tapi tokey tu bagi RM105. Rasa-rasa ok,tak rege tu? Ke ade tempat yang lagi murah? Boleh sapa-sapa bagi cadangan tak. Power  tak silap 5000 tokey tadi kata.
Continue Reading

Baru kutahu...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, May 9, 2011

    Salam petang Isnin. Jumaat lepas saya tak kerja. So, tak de entri untuk hari tu. Pasal ape saya tak datang kerja? Sebab malam Khamis tu doktor dah bagi mc kat saya. Sakit yang amat sangat di bahagian bawah perut dekat kawasan pundi kencing. Rasa macam nak kencing, tapi bila masuk bilik air, tak boleh pulak kencing. So, suami saya bawa pergi klinik. Pi klinik swasta la, pasal kalau pi klinik 1 malaysia kat belakang rumah tu pon diorang bukan leh buat ape. Bukannya ada doktor kat situ, pegawai perubatan jer yang ada. Paling-paling tidak pun dia suruh pergi kecemasan kat Sg Buloh. Kat kecemasan pun bukan terus bertindak, semuanya lambat. Doktor kurang, nurse pun kurang. Bertambah sakit nanti.

   Dah sampai klinik, cam biasa doktor check la dan bagi satu injection kasi hilang sakit tu. Lepas tu doktor diagnosis saya ada batu karang. Pulak dah... Banyaknye penyakit saya ni. Bila ditanya tentang pemakanan, saya pun cerita la saya dok makan daun misai kucing sebab nak cut sugar dalam darah. Doktor pun bagi tau yang daun misai kucing tu memang banyak khasiat. Salah satunya boleh buang batu karang. Mungkin selama ni pun saya dah ada batu karang, tapi tak sedar kewujudannya. So, bila dah makan daun tu batu bergerak la ke saluran kencing. Dan sakit yang terhasil mungkin disebabkan saluran yang luka akibat pergerakan batu tu.

Pokok misai kucing

Continue Reading

CUN...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, May 5, 2011

   Semalam baru je tengok... Boleh la citer ni...
Kalau nak layan santai ok jer.. Cuma beberapa watak yang agak over. Dan yang paling tak boleh blah si Faizah Elai. Biar betul dia nih.. Kut ye tomboy pon, pesal asyik duduk terkangkang jer... Seksi plak tuh. Ish..Ish..Ish.. Tapi lagu ni memang sempoi, so layan!!

Continue Reading

Kanser Servik

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Emm.. Tengahari ni kite borak pasal kesihatan jap nak? Ni..ada benda jugak nak tanya ni. Pasal kanser servik. Tadi saja-saja baca info pasal kanser servik. Yelah.. kita orang pompuan ni kena gak ambil tahu bab-bab kesihatan dan sakit puan ni. Jangan main boh jer..


  Dalam info tu ada citer pasal tanda-tanda kanser servik. Takut le pulak bila baca sebab kebanyakannya terjadi pada saya. Saya pun dah 2 kali buat pap smear. Everything is ok! Tak de pulak positif katanya... Tapi ada kawan saya kata, pap smear pun kadang-kadang resultnya tak boleh pakai. Takut ler.. Betul ke result pap smear tu kadang-kadang salah? Apa pendapat korang?
Continue Reading

Cukupkah amalan kita? Apesal dok bergosip tak sudah-sudah ni?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

   Salam pagi Khamis. Pejam celik pejam celik dah hari Khamis. Tambah satu hari lagi hari kerja, esoknya dah... cuti lagi. Masa memang pantas betul sekarang,kan?

  Bila terfikirkan ini salah satu dari tanda-tanda kiamat, insaf kejap dalam hati. Banyak mana amalan dah aku buat selama ni? Ke tak banyak mana pon lepas tolak gosip sana gosip sini... Huh! Letih saja la kalau banyak yang kena tolak. Semua sia-sia jadinya. So, moralnya jangan dok bergosip je... Sampai lupe masak nasi untuk suami. Ni saya kasi remind kat diri sendiri pasal sibuk sangat berborak dengan jiran depan rumah. Citer itu ini tak sedar suami goreng cekodok sendiri. Sian... dia lapar. Bini dia kalau dah dapat geng terlupe kat suami jap. Eh termelalut jap. Tapi betul ler tuh..

   Berbalik pada topik asal, banyak mana dah amalan kita untuk bekalan ke sana? Macam mana nak tahu yer? Rasanya memang tak de jawapan pun. Jawapnye buat je lah dengan ikhlas. Kurangkan gosip tingkatkan amalan.. Tak gitu?
Continue Reading

Peliknye.. Apekah?

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, May 4, 2011

   Nak share sikit gambar ni ngan korang sume..

Mak cik ni pandang laki aku cam tangkap feeling la plak..
Eh..eh.. Bukan gambar ni, tapi gambar kat bawah ni... Hihihi..



Buah ape ni ek...? Sapa tau ? Boleh makan ke buah ni ?

Continue Reading

Seharian memborong di nurseri..

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

     Ok, habis citer pasal KL Sempit. Sekarang kite citer pasal laman rumah pulak eh. Lama dah tak upload pasal taman,kan? So, dijadikan criter, hari last cuti hari tu pi ler sarapan kat Mak Ude. Si hubby teringin nak makan nasi dagang. So, pergi le makan kat sana. Saya pulak makan soto ayam.



    Sambil-sambil makan tu layan majalah LAMAN edisi 32. Tengok punye tengok majalah tu, teringat le kat laman kat rumah yang dah makin berserabai tuh. Si hubby ajak le ke nursery di Sg Buloh, gi beli pokok untuk tanam kat area bawah pokok buloh. Nampak kontang sangat katanye. Saya ni mengikut je ler.



   Cantik tak? Tak tahu pun namanya. Sebat jer sebab suka tengok warna daun dia. Kami beli 10 polibeg. RM1 je satu polibeg pokok ni. Hubby kata nanti die membiak, kite cantas sikit untuk tanam tempat lain pulak. Tak perlu beli banyak sebab pokok ni cepat membiak, macam pokok money plant.

   Lepas dapat pokok ingat nak cari tanah dan pasu. Tapi hajat tak kesampaian sebab tak bawak duit yang cukup. Nak gi cucuk pun alang-alang sebab dah separuh jalan ke rumah, so hubby ajak balik je. Tak kose nak patah balik semata beli pasu ngan tanah. So, kitorang beli pasu ngan tanah kat tepi jalan on the way balik rumah je. Ok ler, boleh kata murah jugak ler. Yang hitam tertonggeng dalam but kereta tu RM17, yang leper tu plak RM 5. Beli tanah kompos 2 beg, RM2,50 sebeg. Beli jugak baja tahi ayam, RM 8/4kg sebeg. Beli dua beg sebab satu beg jiran depan rumah kirim. Pastu beli jugak baja 15 untuk rumput. Rumput kat rumah tu dah lama tak berbaja, tu yang dah naik coklat2 tu... Kering je tengok. Sian pulak.



  Dah dapat semuanya, balik dengan senang hati. Duit dah habis dah...
Continue Reading

Gambar sepanjang teater KL Sempit

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

  Selamat pagi sume.. Pagi ni sejuk sangat. Hujan mencurah-curah dari jam 3 pagi tadi. Nak bangun gi kerja pon rasa malas. Tapi mengenangkan dah janji nak upload gambar teater KL Sempit, so kugagahi jua.. Maka terimalah seadanya gambar-gambar yang disnap dari kamera phone.




Continue Reading

Belakang Tabir teater KL Sempit

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, May 3, 2011

Untuk menjawab persoalan NM02, teater KL Sempit tiada lagi dalam Youtube. Yang ada cuma promo dan cerita belakang tabirnya jer..Apa pun silalah tengok...

  

   Apa-apa pun teater ni memang best. Harap adalah hamba Allah yang rekod dan masukkan dalam yootube ek.. Saya pun tak puas tengok sekali. Apakan daya tengok pun dah last day. Itu pun naseb baik jumpe tempatnya. Kalau tidak, saya pun melepas... Cuma yang lebih bestnye tengok hari terakhir ni, sebab habis jer teater tu Izwan Pilus nyanyi lagu dia yang fames dulu tu- Lagu Kembali Senyum, pakai kain pelikat je..
Continue Reading

Teater KL Sempit memang best!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

  Cuti panjang ni tak banyak yang saya dapat buat. Wishlist saya minggu lepas pun, satu je yang tertunai. Tengok teater KL Sempit. Tu jer yang dapat dilakukan. Selebihnya tak dapat dijalankan sebab gaji tak masuk lagi. Huhu..



   Alkisahnya, nak tengok teater ni pun ada drama panjang. Punyer la dah lama tak ke KL, sampai tak jumpe Panggung Bandaraya. Puas tawaf keliling dataran merdeka tu. Yang ada cuma screen besar yang tengah siarkan perlawanan bola dengan kru-kru yang sibuk buat persiapan untuk Hari Terbuka esoknya. Suami saya pun dok perli-perli kata saya xcited sangat sampai lupa nak baca bebetul info kat poster tuh. Kami dah siap tawaf satu dataran tu dok cari panggung bandaraya. Muke masing-masing cam hape jer.. Dah le hujan, penat pulak tu. Dengan sedihnye kitorang suami isteri pun berjalan la ke arah kereta yang kami park depan gereja mengadap Kelab Selangor tu. Konon tak jumpa panggung, nak le jalan-jalan kat area Pasar Seni. Leh le layan jiwe jap. Tengah sentap katanya.. Nak dijadikan cerita... masa keluar simpang tu, nampak la pulak poster teater KL Sempit. Lor kat situ je rupenye Panggung Bandaraya tu. Boleh sebesar bangunan tak nampak.. Wah! Senyum sampai ke telinga ko...

  Suami saya ape lagi,  cari parking ler. Dapat baik punye betul-betul depan gate. Jam dah tunjuk pukul 9 dah, katanya start pukul 8.30. Miss le intro citer dia. Sekali masuk, orang reception tu kata baru 10 minit start. Emm.. berbunga lagik. Ade rezeki jugak nak tengok teater ni. Paling best kitorang dapat seat paling depan sekali. Memang jelas habis laa.. No blocking-blocking. Tak nampak kepala orang langsung..

   Cerita habis lebih kurang kul 11 lebih malam. Tapi memang tak perasan langsung pasal best sangat jalan ceritanya. Memang apa yang disampaikan adalah masalah-masalah dan cara hidup yang serba mencabar di KL ni. Banyak gelak ketawa dengan keletah Ieda Moin. Tak kurang jugak dengan watak mak cik penjual kerepek tepi jalan tu. Babak sedih pun ada jugak sampai buat penonton belakang saya menangis. Sok sek sok sek saya dengar. Tapi tak ler mengganggu sangat sebab saya pon sedih jugak bila watak seorang ayah yang berkerja sebagai security guard berperit jerih membesarkan anak-anak dengan gaji yang cukup-cukup makan. Nak pulak watak tu dibawakan oleh Dato' Jalaludin Hassan. Emm.. bila tengok watak ni teringat la pulak kat abah saya. Terima kasih abah sebab besarkan kami semua. Ending cerita pun best sangat... Tahniah la kepada Raja Azrey sebab teater yang best ni.

P/S: Esok saya upload gambar-gambar teater. Hari ni lupe bawak cable..Hehehe..
Continue Reading