Click Here!

Zizan Kelakar tapi Awie Serius dalam Bikers Kental!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, May 31, 2013

   Petang semalam lepas waktu kerja, berjimba dengan hubby di The Curve. Plan asal memang nak tengok wayang, cuma tak tahu nak tengok citer ape. Tapi bila sampai kat Cineleisure ngam2 je keluar kat mulut nak tengok Bikers Kental. Ini semua akibat terpengaruh dengan review 2 dari blog dan youtube la ni. Hubby ajak tengok Star Trek Into Darkness atau Ironman 3 pun tak layan dah. Hahaha!! Tapi nasib baik la tak menghampakan.



       Kalau nak tau kesudahan cerita korang kena tengok sendiri filem ni. Memang diakui cerita ni best dan tak menghampakan. Filem ni walaupun kelakar, tapi tetap ade mesej. Kesimpulannya, kita mudah dibutakan dengan cinta. Tak nampak realiti sebenar dek kerana sibuk mengejar sesuatu yang belum tentu dalam genggaman. Intan dah depan mata, tapi kaca jugak yang sibuk dicari.
Continue Reading

Parit Fall. Sesuai sangat la dengan namanya...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

     Masa di Cameron hari tu, on the way nak turun lepas jalan2 kat ladang strawberi tu, kitorang boleh terjumpa tempat ni. Kat pintu masuk ade signboard lusuh tulis Parit Fall. Ni kali pertama sebenarnya kami jumpa tempat ni, dah banyak kali naik turun Cameron tapi ni la baru terjumpanya... 

    Memula takut gak nak masuk, tengok macam tempat tinggal jer... Tapi hubby cakap, kita kasi redah! Baru ler adventure. So, dah stereng kat tangan dia. Ikutkan je la... 

Pintu masuk ke kawasan Parit Fall..
Papan tanda segala peraturan yang wajib dipatuhi..
Tapak parking.. Naseb baik la ade gak kereta lain... Kalo tak, harus ajak hubby patah balik. 


Permandangan anak sungai dari atas jambatan gantung. Mengalir pun macam lesu je..
Hubby semangat bawak towel kunun2 nak buat terjun tiruk.  
Dari jauh lanskap menarik.
Sekali tengok, kolam mandi airnya kaler teh susu...
Pakej sekali dengan sampah sarap ni. Sayang betul.. Terbantut hasrat nak terjun tiruk tadi.  Sudahnya ...
Jungle walk jer.. 

Dan pose2 tepi pokok gaya retis. Hiks!
Segarnya tumbuhan di sini. Tapi sayang sungai tak terjaga. Pihak majlis daerah patut pantau kawasan ni supaya kembali cantik dan bersih. Kalau diteruskan terbiar, tak mustahil nama Parit Fall akan kekal menjadi PARIT! 










Continue Reading

Aserom: Masakan Orang Kampung di Raub, Pahang

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, May 30, 2013

Sebelum tu nak tanya dulu, korang tau ape tu aserom?

     Aserom atau sebutan dialeknya a-se-rhung (ada dengung sket) adalah makanan paling heaven di kampung saya, Raub. Mungkin dari segi rupanya tak nampak pun tang mane sedapnya tu, kan? Tapi kalau dah try sekali mesti nak lagi. Aserom ni sesuai untuk orang yang suka masakan pedas, sebab kalau tak pedas tak datang kick dia. Rasanya tak jauh beza dengan kacang atau biji cempedak, tapi lebih sedap lagi.

    Aserom ni pernah dipopularkan oleh Permaisuri Pahang. Biasanya kalau hari biasa dimakan dengan nasi la. Kalau Hari Raya pulak makan dengan lemang sebagai pengganti rendang.

Ape tu aserom?
   Ok. Ni nak citer ni. Aserom ni asalnya dari buah perah. Pernah tengok buah perah? Orang lama mungkin tau la kot... Budak sekarang rasanya tak kenal dah. Buah ni ade kat kampung2 je. Selalunya dalam hutan. Tak silap, buah ni bermusim sebab tu susah nak dapat atau jumpa selalu.

Buah perah. Asal-usul sebelum jadi aserom. (Gambar Google)
aserhung
Aserom yang telah ditumbuk dan diperam.
Aserom ni lagi lama. lagi hitam warna dia. Dan lagi lama, lagi sedap rasanya.
Nak bezakan aserom baru dan lama, senang je. Aserom lama berkilat sebab minyak perah tu dah keluar. 
aserom
Nilah rupanya gulai aserom. Kecur liur pula bila bayangkan rasa gulai aserom ni. 
Makan nasi dengan aserom + ulam pun dah memadai untuk tambah berpinggan-pinggan. Tak caya cubalah rasa!


Continue Reading

Ladang Strawberi Opah

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Wednesday, May 29, 2013


    Orang kata tak sah kalau ke Cameron Highland tak pergi ke ladang strawberi. Ok, mungkin la kut... Sebab kat tanah tinggi jer boleh jumpa ladang strawberi ni. So, berbekalkan kata2 orang tu kami terjah jugak la salah satu ladang strawberi milik Opah. Bukan opah saya yang punya, pun bukan la sebesar ladang sangat pun tempatnya. 



       Tujuan asal datang ke sini nak memetik buah strawberi, malangnya semua buah yang masak ranum telah pun dipetik oleh tuan tanah. Maka terkebil-kebil la kami kat situ sambil melihat pekerja bangla membungkus strawberi yang dipetik ke dalam bekas plastik untuk dijual. Harga adalah mengikut timbangan dan tak tanya la pulak berapa. Kalau korang nak tahu, hah kat gambar pertama tu ade nombor telefonnya. Bolehla korang dail sendiri dan tanya pada si empunya ladang ye? 

Ramaikan pelanggan opah? Tak silap family ni datang dari Kelantan.
          Selepas agak kecewa tak dapat memetik buah strawberi, opah memujuk kami berdua merasa dadih strawberi dan juga macaroni bakar yang dibuat sendiri olehnya sambil duduk2 santai di meja yang disediakan. Bukan rasa free eh... Kena bayar dulu sebelum makan. 


Pokok2 anggur sengaja ditanam sebagai hiasan dan juga peneduh dari terik matahari. Bila duduk di sini, teringat pulak kenangan makan2 di Arco yang juga ada pokok anggur di siling cafenya.
Dadih dengan topping strawberi, cuma RM2 satu.
Macaroni bakar yang berharga RM5.
Para juri sedang merasa dadih dan macaroni air tangan opah. Hasilnya....
Sedap!! Ok, dadih adalah lulus. Bagaimanapun macaroni hanya sesuai untuk orang  berpenyakit darah tinggi saja.
Rasanya ada sikit kurang masin cuma campuran rempahnya yang buat macaroni ni tetap umphh!!
    Sebelum balik, haruslah petik dua tiga gambar pokok strawberi buat pengubat rindu. Dan aktiviti akhir ialah cuci mata dengan barangan hasil strawberi seperti jem dan sirap atau kordial strawberi.  








Yeah!! Dah tamat pun lawatan kita ke ladang strawberi opah. Nak ke mana pulak minggu depan eh?




Continue Reading

Opss!! Bilik fully booked! Nasib ada Alza...

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, May 28, 2013

Salam semua. 
Semoga semua pembaca mendapat rahmat. 

    Hari ni nak kongsi pengalaman tentang perjalanan kami ke Cameron Highland baru2 ni. Kalau kita nak berjalan ke mana2, pasti penginapan yang kita akan tempah dulu,kan? Bagaimana pulak kalau perjalanan tanpa perancangan dan kesemua bilik dah fully booked? Atau bilik yang tinggal cuma bilik yang harganya di luar kemampuan kita? So, tak kan nak patah balik ke rumah atau ambil langkah duduk diam2 jer kat rumah sepanjang cuti,kan? Tak syok la dan pastilah muncung partner korang panjang sedepa, boleh buat sangkut hanger baju lagik. 

Semua barang dah siap packing. Tunggu driver je nak bergerak.
   Ok, kami kongsikan sikit pengalaman kami di sini. Kami ni memang jenis suka berjalan. Orang kata kaki jalan. Tak kira lah cuti panjang atau pendek, mesti nak ke sana ke sini bagi menghilangkan tension. Ini cara kami menangani stress kerja. 

   Kami ni memang berdua je, tak de anak lagi. Orang kata sentiasa honeymoon. Tapi kami redha... Dah belum masa terima rezeki tu. Allah jualah yang maha mengetahuinya. Jadinya, memang ni je la caranya kami habiskan masa bersama. Ok, cukup la kut mukadimah tu. Yang nak dikongsikan kat sini adalah bagaimana kami mendapat solusi untuk masalah penginapan yang fully booked, macam yang terjadi kat kami di Cameron Highland baru2 ni.

   Memang dah jangka cuti sekolah macam ni orang ramai akan berpusu-pusu ke sana dan pastilah bilik2 hotel akan fully booked. So memandangkan plan ke sana dibuat mengejut (adhoc la konon2nye...), saya standby segala toto dan selimut bantal dalam kereta. Haa.. Tu perlunya kereta juga mpv macam Alza bagi kami yang kaki jalan ni. 

   Ruang dalamannya yang luas dan seats yang boleh diturunkan menjadi flat adalah salah satu ciri kenapa kami beli kereta ni dulu. So, dengan kelebihan ini dapatlah kami jadikan ruang belakang sebagai katil kami di sana nanti. Tak percaya? Boleh tengok gambar2 di bawah bagaimana kami transform seats jadi katil bergerak.  

Pandangan dari luar hadapan kereta.
Kesemua seats dah dibaringkan. Luas tak?
Pandangan dari luar bahagian belakang (Close up).
Pandangan dari cermin sisi kereta. Beg2 yang tadi di bahagian seat belakang telah dipindahkan  ke seat paling hadapan supaya badan dapat baring dengan posisi lurus dan kaki dapat berlunjur  dengan sempurna. Ini penting supaya perjalanan darah lancar dan tiada rasa ketidakselesaan. 
Hubby sempat layan fb lagi dengan maxis broadband sebelum tidur.
Nampak tak betapa selesanya tidur dalam Alza ni? Apa yang penting, tahap keselamatan di lokasi  juga perlu dititik beratkan juga. Berhentilah di kawasan yang dikhaskan untuk pemandu beristirehat atau senang cerita port caravan yang tidak sunyi juga tidak terlalu sibuk. 

P/S: Di Cameron Highland ni, tempat yang sesuai adalah di stesen Petronas Brinchang. Port ni memang menjadi pilihan pemandu2 bas, mpv dan juga kereta berhenti tidur memandangkan tandas di sini sentiasa tersedia untuk kegunaan orang ramai. Kemudahan lain seperti masjid juga terletak berdekatan di kawasan stesen ini. Bagaimanapun, kami tidak katakan kaedah ini sesuai dipraktikkan dengan semua orang lebih-lebih lagi yang mempunyai anak yang ramai. Mungkin kaedah ini cuma selesa bagi kami. Apa yang penting, sharing is caring!

Continue Reading

Kempen Blogbuster.

Ditulis oleh Aida Ab Jalil

Alhamdulillah.. Rezeki jugak ni walau belum tentu lagi video kita terpilih. Tapi sekurang2nya ini tandanya Nuffnang mmasih ingat kat kita,kan? Hiii...


Ahad lepas adalah  last day untuk send out short video untuk kempen "What is Project C?". Saya cuma dapat hasilkan 3 short video jer. Tak tahulah video tu dapat menepati konsep atau pun tidak. Apa pun saya sudah berusaha sebaiknya. Terpulang pada  rezeki jugak,kan? Untuk kempen Acer memang saya tak hantar satu video pun. Sebab apa? Sebab saya tak bersedia dan lagi saya tak cukup tangan nak buat itu ini. Semuanya datang serentak dalam satu masa. Jadinya, saya dahulukan mana yang pentinglah. Harap2 Nuffnang tak merajuk la dengan saya ye...


Continue Reading

Menggedik Depan Fotobox

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, May 27, 2013

   Parti Acer di Poppy Garden malam Jumaat lepas sangat osem!! Tambah2 pulak ada fotobox nih. So, harus la bergambar sakan kan? Memang tak boleh nampak camera, nak posing memanjang!

Bergambar sakan dengan blogger Aidazura dari blog http://aidazura89.blogspot.com/.
Seronok sangat dapat jumpa Aida di parti yang happening !
Haa.. Yang ni pulak dengan hubby. Sempat jugak posing sebelum balik. 
 P/S: Bila tengok balik gambar2 ni cam tak percaya jer boleh sebegini gedik di khalayak ramai. Ahaks!!

Continue Reading

Teruja dengan Jemputan Nuffnang!

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Thursday, May 23, 2013

Salam semua...

    Hari ni last day kerja dalam minggu ni. Esok adalah cuti Wesak dan kami akan berjimba ke tanah tinggi. Cuaca sekarang sangat panas, so kenalah naik bukit untuk sejukkan diri. Tapi sebelum berjimba, kena attend satu majlis dulu.

Launch Party Acer P3 Convertible Ultrabook

     Ok, seperti semua maklum, malam ni ada pelancaran produk terbaru Acer iaitu Acer Aspire P3 Convertible Ultrabook. Saya telah diundang oleh pihak Nuffnang untuk bersama-sama memeriahkan majlis. Thanks Nuffnang!! Rasa teruja jugak memandangkan ini kali pertama saya menghadiri event2 seperti ini. Biasanya datang tengok wayang free jer. Hiks!

                            


P/S: Pasti lebih teruja kalau dapat bawak balik ultrabook tu sebijik,kan?


Continue Reading

Gaji Baru Ahli Pentadbiran serta Adun Sarawak

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Tuesday, May 21, 2013

gaji kakitangan kerajaan

Amboi... Bestnye dapat naik gaji ek. Tengok aja la gaji2 diorang ni. Naik dekat 3x ganda. Apa2 pun gaji dah naik, harap dapat la berkhidmat dengan lebih gigih untuk rakyat.
Published with Blogger-droid v2.0.10
Continue Reading

Pandangan Ikhlas buat Pengarah Muda Filem O Mak Kau (O.M.K)

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Monday, May 20, 2013



Baru je gi menonton filem ni kat One Utama malam Sabtu lepas. Meh nak citer sket review tentang filem ni. Dah lama tak tengok wayang, jadi bila hubby ajak tengok terus setuju jer la. Kami pun tak tau ape citer terbaru kat pawagam, memang main redah je. So, beratur pun tak la panjang mana pun. Tak sampai 5 minit beratur, tak sempat nak tengok trailer pun. Sampai kat kaunter main pilih jer citer ni. Kira naseb la kalau tak best. Lagipun tak salah menyokong filem Malaysia,kan? Ni asyik2 tengok filem luar jer. Bila industri filem kita nak naik kalau kita sendiri tak bagi support.

Bila dah tengok kira ok la. Citer ni tak la mengecewakan sangat pada awalnya. Lawak dari Jep dan Shuib memang lawak habis. Tak henti2 gelak sampai sakit perut kami nak menahannya. Yang lain2 tu cam sokong sket2 jer. Kami tengok citer ni pun pasal ade Sepah2 jer.

Filem ni selain dari gelak2, ade gak la babak sedih terutamanya scene Wan Maimunah dengan Jepp dan Shuib tu. Ade aksi gangster lawan2 yang bagi kami macam mengarut sket. Hujung2 citer kurang kesinambungan dengan babak awal. Watak Jepp & Shuib dah mula tenggelam sikit bila watak heroin masuk. Dah macam si heroin ni pulak yang jadi watak utama cerita ni. Selain tu heroin berlakon cam control cun plak. Adeh...

Apa2 pun, filem ni perlu diperbaiki lagi dari pelbagai segi. Menjadi pengarah muda memang idaman semua, tapi sebelum jadi pengarah perlu belajar lebih lagi supaya dapat hasilkan filem yang benar2 bermutu. Tu ler pandangan ikhlas dari kami. Semoga filem kita terus maju di masa hadapan.



Continue Reading

Video- Mimpi Si Murtad Mengembalikannya Kembali Pada Islam

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Saturday, May 18, 2013

Salam semua...

Saya nak sharekan di sini satu video tentang kebesaran Allah. Moga2 kita semua mendapat hidayah dan taufik dari-Nya. Amin..
Saya jumpa video ni masa blogwalking di blog Dunia Bawah Tempurung




Continue Reading

Ketam Masak Lemak Cili Api

Ditulis oleh Aida Ab Jalil on Friday, May 17, 2013


     Gulai lemak ketam ni makan kat Medan Selera Sri Teja, Presint 8 Putrajaya kalau tak silap. Memang terangkat makan gulai ni sebab pedasnya yang menyengat. Macam makan gulai orang nogori. Tambah pulak dengan sirap selasih tu...

    Fuhh!! Tak toleh kiri kanan dah menikmati makan tengahari kali ni. Tengok Che Ta masak gulai ketam dalam Masterchef, terliur pulak... Terus teringat entri ni dok peram dalam draft dari hari mengundi hari tu lagi. Hihi...

Continue Reading