Saya bukan penggemar tanaman berbunga seperti mawar walaupun tanaman sepertinya mampu menyuntik seri pada taman. Taman saya 90% terdiri dari pokok2 berdaun hijau. Pokok mawar ini pun dihadiahkan seorang jiran berbangsa Sigh yang saya panggil Uncle semasa saya mula2 mendiami rumah ini. Bukan sepasu, tapi 2 pasu mawar yang diberikan. Sebagai orang baru di kawasan tersebut, saya menerima dengan besar hati dan menghargainya. Ia tanda sebuah persahabatan.
Pokok mawar itu saya baja dan siram seperti mana pokok2 lain. Tapi pendapat saya yang lebih suka menanam tanaman hijau dan berdaun, penjagaan pokok mawar terlalu kompleks dan teliti. Bukan setakat siram dan baja. Ia menuntut belaian dan masa yang lebih dari kita untuk membuatkannya berbunga. Selama setahun saya menjaganya, hanya sekali ia berbunga. Itupun selepas saya mencuba2 petua dari majalah kesayangan saya LAMAN, iaitu menanamkan kulit pisang yang telah dipotong kecil dan dijemur di sekeliling perdunya. Waktu ia berbunga, memang tak dapat saya nafikan kecantikan bunganya. Seronok melihat usaha yang sambil lewa begitu pun mendapat balasan yang indah. Kesimpulannya, pokok mawar ini bukan saja tanda perkenalan tapi juga mengajar saya agar bersabar menanti balasan setimpal setelah mencurahkan sedikit masa dan kasih sayang. ^_^
Reminder: Complete Your Wallet Security
1 day ago
{ 6 komen... read them below or add one }
assalammualaikum puan..
menarik cerita mawar ini.saya seronok membacanya.
Mawar memang sulit untuk dijaga,baja kimia akan cepat membuat pokoknya tua, yg.bagusnya baja kulit udang..kisar kulit udang hidup..cairkan dgn.air biasa..siram tanah berhampiran pokoknya, jangan kena daun..saya jaga mawar dgn.cara ini, petua kawan dari indonesia.

tq putri purnama, kulit udang ye? bgus juga. saya penggemar udang, kulitnya boleh baja pd pokok dr dibuang saja,kan.
wah pengedar udang, ternak udang ke?..bestlah mesti selalu makan udangkan..hehehe
wah pengedar udang, ternak udang ke?..bestlah mesti selalu makan udangkan..hehehe
salam putri purnama, saya ni penggemar udang je... xcukup modal lagi nak buat kolam ternak udang. doakan saya, mana tahu..kan? InsyaAllah. hehe...
Post a Comment