Batang mulberi yang dipangkas boleh ditanam semula. Pagi ni juga saya tanamkan semula keratan mulberi yang telah direndam semalaman dengan air campuran serbuk penggalak akar. Cara ini pernah saya praktikan dulu semasa mula2 menanam keratan batang mulberi yang diberikan oleh seorang sahabat tani di Rawang. Harap semua semaian mulberi saya hidup.
Published with Blogger-droid v2.0.4
{ 4 komen... read them below or add one }
wah..bestnya dapat keratan free..saya kena cari org yg jual degn hrga murah2..hehe..
salam hanis, biasanya memang orang jual dalam harga rm6. tp kawan saya bg free je. saya pun kalau ada lebih boleh je bagi, malangnya dalam banyak2 yang disemai ni hanya 4 je yg bercambah dan hidup. itupun saya dah bagi2 pada jiran. insyaAllah, kalau ada lagi saya war2kan.
sy d beli keratan batang pokok jer...xthu lah semai hidup ke x..hehe..=)
keratan batang lebih mudah hidup. kalau disiram dan letak tempat teduh dlm 2 mggu biasa akan nampak pucuk muda keluar. cuma jgn letak baja organik di awal2 takut batangnya kena penyakit.siram dengan air beras pun cukup untuk permulaan ia hidup.
Post a Comment