Pokok kari di rumah saya ni asalnya diberikan oleh kakak ipar. Saya tanamkan di belakang rumah, tapi maklum saja tanah tambak kurang subur. Dari mula tanam sampai habis hayat besar tu la jugak. Macam2 masalahnya dengan serangan bena putih dan masalah kesuburan tanah lagi tapi akhirnya mati juga selepas dialih oleh hubby. Hubby pun dah bagitau awal2 dia terpotong akar pokok kari masa memindah. So sad after seminggu tengok ia mengering dan mati. Tapi tiba2 pagi semalam nampak anaknya. Entah sejak bila ia tumbuh, saya pun tak tahu. Apa2 pun saya sangat bersyukur. Kawasan kediaman saya susah sangat pokok kari nak tumbuh. Kalau ada pun tak besar mana, paras pinggang je paling besar.
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
2 days ago
{ 2 komen... read them below or add one }
tak apa kalo pokok kari tumbuh rendang takat paras pinggang, senang nak petik, yang penting subur... pokok kari saya pernah diserang ulat kecil warna hitam. Ikut nasihat, maka saya cantas segala ranting kecil, tinggalkan ranting besar sahaja. Ranting yg dah dicantas dibakar jd abu. Skrg pokok kari saya tumbuh segar semula
ok la tu dia tggl keturunan jugak.. kekekeke
Post a Comment