Click Here!

Bayam

Ditulis oleh Aida Awie on Wednesday, April 4, 2012

   Tengok apa saya dapat pagi ni...Ya, saya dapat batang bayam. Masa beli sarapan, ada pembekal hantar bekalan bahan mentah. Jadi saya tanyakan pada pembantu kedai samada akar2 sayur akan digunakan semula atau dibuang saja. Dah tahu pun jawapannya, mestilah akar2 tu akan dibuang. Bukan boleh buat ape pun lagi kecuali tanam semula. So saya mintalah untuk tanam semula. Dengan serta merta dia potongkan semua akar bayam tu.

   Nampaknya petang ni bolehlah saya tanamkannya. Mudah-mudahan ia akan hidup. Tak pernah dengar pula bayam tanam semula, tapi pendapat saya yang berakar kalau ditanam pasti la hidup. Cuba je dulu.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }