Click Here!

Seronoknya Melihat Pokok Membesar- Kacang Botor & Ulam Raja

Ditulis oleh Aida Awie on Tuesday, April 24, 2012

    Pokok kacang botor dah mula merimbun. Sulurnya pun dah pandai mencari pagar walaupun tempat memanjat telah dibina. Mungkin terlalu rimbun, dia fikir nak cari tempat baru.

    Ulam raja juga hidup merimbun. Tak dibaja pun boleh gemuk macam ni. Ternyata pokok ulam raja memang tumbuhan kendiri. Tengok betapa banyaknya anak2 ulam raja yang hidup di bawahnya. Benih ulam raja ringan dan mudah ditiupkan angin. Justeru saya selalu kutip dan taburkan dalam kawasannya sebelum diterbangkan  angin dan tumbuh merata2 tidak tersusun. Kalau tengok gambar yang akhir tu akibat lambat kutip la tu. Dia jatuh sendiri je.


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 8 komen... read them below or add one }

baguznet said...

Saya pernah tanam pokok ulam raja, ambil anak pokok dr kg. Yg herannya, tak penah dpt benih sampai pokok mati, maka saya x dpt la generasi barunya :D

Aida Awie said...

emm pokok saya pulak xhenti2 keluar benih. banyak yang saya bagi2 jer kat orang. yang lebih2 tu saya tabur je biar jadi pelapis..

Shami Sibi said...

kalau x keberatan bolehlah hantar sedikit benih ulam raja tu kepada saya...huhuu...maklum la mencari punya lama x jumpa kat area saya...

Aida Awie said...

Shami, send add kt email sy ye. Email sy aidadewie7311@gmail.com. Sapa2 lagi y nak benih ulam raja trus send add ke email sy. Sy akn kgsi dgn anda. Ulam raja la y paling menjadi, dah gemuk sgt kt laman blkg. Itupun mkn pucuknya 2x seminggu.

adeque said...

saya pun tanam jg pokok ulam raja tp x menjadilah..sy beli benih dgn en.iskandar.satu je pokok yg hidup baru tinggi sejengkal.harap2 hidup membesarlah dia..klau tanam dlm pasu bleh ke...jelous tgk aida punya pokok hidup subur...

Aida Awie said...

Adeque,sy xpasti pula sesuai atau tak ditanam dalam pasu. Benih dr tuan is biasanya benih2 terbaik, mungkin benih tak menjadi sebab faktor lain spt dimakan binatang spt semut atau terkena najis kucing.

adeque said...

mungkin jg di makan semut.sbb tanah kt rum sy byk semut merah kepala besar.pokok marigold pun mati semua x menjadi.mungkin jg sy tanam tak betul kot.nk tanya aida tanam mcmana ye tanam dlm tanah ke cuma tabur je..hehe maaf ler sy ni tak pandai tanam pokok.baru cuba2 nak jdkan hobi...

Aida Awie said...

ulam raja tu memang saya tabur2 gitu jer. ikut nasib hidup, naseb xbaik xhidup. bila hidup, hubby saya korek keliling pangkalnya dan alih ke satu tempat.