Click Here!

Kek Coklat Lembab

Ditulis oleh Aida Awie on Friday, April 20, 2012

    Dah tua pun mengada2 nak sambut birthday,kan? Hihi... Saja jer la, nak seronok2. Bukan buat party apa pun. Alang2 nak bagi sokongan moral pada kawan lama saya, jadi tempahlah sebiji kek ni. Tengok je dah terliur, geram je nak colek sket kat tepi tu. Tapi tak best la kan...

    So, sepanjang mengharung jem tu bawak bersabar jelah dengan dugaan kat sebelah. Kejap2 jeling, kejap2 intai. Sampai rumah pun bukan terus makan, kena masak makan malam dulu. So, sabar lagi. Akhirnya lepas makan,masa pencuci mulut baru keluarkan kek ni. Hubby paling suka kek coklat lembab. Rasanya? Saya boleh katakan sempurna seperti rupanya. Kek tak terlalu manis, lembab molek dan paling best harganya berpatutan. Kek ni cuma rm30 dan beratnya lebih kurang 1.5 kg. Berbaloikan?

   Korang nak rasa jugak? Boleh la call Pn. Salwana Hazel di talian 0129639400. Ada juga dijual dalam saiz kecil dengan harga rm4 dan rm8. Boleh tempah untuk makan sendiri, kenduri kendara, hantaran pengantin atau sebagai buah tangan ke majlis2 rumah jiran. Kan ke sharing is caring...  ;-)


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }