Click Here!

Kebun Sekangkang Kera

Ditulis oleh Aida Awie on Saturday, April 28, 2012

    Pagi Sabtu atau Ahad rutin seperti biasa la. Mengemas rumah, kemas laman dan kemas kebun. Bila anak semaian dah bercambah, kena fikirkan mana nak tanam pulak. Pening juga dibuatnya. Tanah yang diperuntukan sekangkang kera je. Situ la nak tanam segala bagai. 
    Orang biasa macam saya ni jenuh juga nak memikirkan lanskap PLD. Tengok gambar2 kebun orang kat blog2 di internet, berkobar2 kejap semangat dalam dada. Tapi pandang balik kebun sekangkang kera tu, pening balik nak memikirnya. Masalah rumput liar yang tak segan langsung menunjukan diri lagi.. Sama bersaing merebut zat dari baja yang saya tabur. Dicangkul2 pun masih lagi menjulur. Bak kata orang, hidung tak mancung pipi tersorong2. Haih!! Haih!! dan haih lagi.. Cukuplah 3 kali mengeluh, tak baik. Rumput bukannya tercangkul sendiri. Pokok pun bukannya tertanam sendiri bila mengeluh. Teruskan je lah usaha yang dah separuh jalan ni. InsyaAllah, tak dalam masa terdekat ni siap, lama2 siap juga. Hari ni layan gambar kebun sekangkang kera saya jelah, ok?




Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 2 komen... read them below or add one }

Puteri Purnama said...

salam dewie..luas juga tapak berkebun tu, kalau pendapat saya, alihkan semua blok batu bata tu, gemburkan semua kawasan lapang tu, rumput tu akan terbersih semuanya, upah orang yg ada mesen pengembur tanah, hari tu en.iskandar ada tunjukkan mesin pengembur tanah..kawasan tu akan nampak luas, rata dan banyak benda boleh tanam semula.Selamat memerah tenaga, jangan sampai tak bangun dahlah..hehehe

Aida Awie said...

salam.. terima kasih atas idea tu. bagus jugak ye kalau blh cari orang menggembur tanah.