Click Here!

Happy Birthday, Azrul Kamil!!

Ditulis oleh Aida Awie on Thursday, April 5, 2012

   Happy birthday buat adik bongsu saya, Azrul Kamil b. Ab Jalil. Semoga kehidupannya dilimpahi rahmat dari Allah SWT, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

   Teringat kisah 3/4 tahun lepas, adik bongsu saya yang manja ni merajuk sebab kami tak ingat sambut birthday dia. Masa tu saya dan mak sibuk menguruskan hal perkahwinan adik kedua saya. Memang terlupa sangat2, lagipun kami yang lain2 bukan sambut sangat birthday2 ni. Cuma adik bongsu je yang kami selalu raikan birthdaynya.. Namanya pun bongsu,kan!

   Nak dikisahkan ceritanya memang hari tu kami tak ingat langsung tentang birthday dia. Sibuk saya dan mak keluar mencari barang2 kahwin adik saya, si angah. Sampailah rumah petang tu dia tanya, "Ingat tak hari ni hari apa?"  Soalan dia tu tak kami endahkan memandangkan kami sibuk membelek2 barangan yang dibeli. Mak macam biasalah, sibuk menyambung buat bunga telur dia. Tak de sorang pun teringat kat birthday dia. Lepas tu dia terus pergi dari situ sambil kata," Nampaknya makan kari jer la birthday aku tahun ni..."  Perlahan jer tapi saya dengar. Saya cuit mak.Kitorang baru perasan hari tu birthday dia. Ala sedihnya masa tu... Terus suruh adik2 lain gi beli kek untuk dia.

    Bila adik saya yang pergi beli kek tu balik, mak pergi bilik dia nak panggil keluar. Rupa2nya dia tertidur. Tapi yang touching tu dia tersedu2 dalam tidur. Ni mesti tadi dia nangis kes kitorang lupa birthday dia. So kami kejut jugak dia ajak keluar potong kek. Tiba2 jer idea datang dan saya ceritalah konon2 kitorang saja jer buat2 lupa nak buat surprise kat dia. Padahal memang lupa betul pun! Hehe...

   Lepas kes tu, kami bagitau dia tu last birthday dia yang akan kami sambut. Takut dia merajuk kami terlupa lagi nak beli kek. Tapi hakikatnya sampai sekarang saya masih sambut birthday dia. Kadang2 wish jer, kadang2 ada juga kek. Tapi tahun lepas saya bagi hadiah jer... tu pun lewat 4 bulan. Apa2 pun tetap juga ingatan ada buat dia.


P/S~ Kalau adik baca ni, hope adik  blaja sungguh2 dan ingat Along selalu ye!


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }