Click Here!

Ahad Hari Menyemai...

Ditulis oleh Aida Awie on Sunday, April 8, 2012

    Inilah pertama kali saya menanam sayur kailan dan lobak putih. Benih ni pun dapat dari blog www.tanamsendiri.com. Pemilik blog tersebut iaitu Tuan Iskandar begitu pemurah berkongsikan benih2 pokok yang beliau ada. Setakat ini sudah 3kali saya memohon benih kongsi dari beliau. Semoga Allah murahkan rezeki buat beliau sekeluarga.

    Hari ni saya nak semai benih2 yang masih ada dalam simpanan. Benih ni sebenarnya ada tempoh hayatnya. Takut nanti benih tidak akan bercambah bila sampai tarikh luputnya. Lagipun semalam kan dah beli bekas menanam... Apa lagi, Inilah masanya membuktikan apa yang saya beli tu memang berguna. Mana tahu hubby ajak beli lagi bila tengok hasilnya,kan?


Published with Blogger-droid v2.0.4

{ 0 komen... read them below or add one }